,
Laman Utama

Search Rock On 40 Bawa Peminat ‘Pulang’ Ke Red Rooster, Profession of Violence dari UFO Masuk Senarai

Maliah Surip
02/12/2022
11:30 MYT
Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur malam 4 Disember 2022 ini akan membawa penonton yang hadir kembali ke zaman muzik rock n roll bermaharajalela.
Apa lagi, kugiran yang akan membuat pentas Panggung Sari ‘terbakar’ bukan sebuah band picisan.
Mereka adalah Search, sebuah kugiran yang telah menerima pelbagai pengiktirafan dan tidak perlu banyak pengenalan lagi.
Lantas apabila Search yang dianggotai Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir akan membuat persembahan lewat siri Search Rock On 40, seluruh kepercayaan sudah diperolehi dan peminat mahu kembali ‘menyelam’ nostalgia bersama band kelahiran Johor Bahru ini menerusi untaian karya mereka.
Mengambil semangat tema Search Rock On 40, istimewanya penampilan mereka berbanding persembahan yang sudah menjadi ‘makanan’ sebagai pemuzik adalah Search akan mendendangkan empat lagu Inggeris yang selalu dimainkan sewaktu band hebat ini bermain di kelab malam Red Rooster sebelum menjadi fenomena muzik Nusantara.
“Kami mengambil semangat Search On 40, konsert pada kali ini buat julung kalinya akan menyaksikan kami membawa empat buah lagu cover yang selalunya kami mainkan sewaktu masih membuat persembahan di kelab malam Red Rooster.
“Kiranya, empat lagu ini wajib main setiap malam. Kami bocorkan di sini, dua antara empat lagu yang akan dimainkan pada Search Rock On 40 itu adalah Mr Crowley dari Ozzy Osbourne dan Profession of Violence dari UFO,” dedah Nasir dalam pertemuan bersama media baru baru ini.
Menurut Search, konsert kali ini yang mengambil tema 40 tahun kembara seni juga adalah sebuah penghormatan buat semua band rock senior dan generasi baharu.
“Konsert ini adalah satu penghormatan buat semua band rock lama yang berjuang 30 sampai 40 tahun dan band baru untuk membuktikan meski banyak cabaran yang melanda, muzik rock tetap relevan industri seni muzik,” ujar Nasir lagi.
Malah Search tetap menjanjikan sebuah persembahan mantap dan berlainan dari ribuan konsert yang telah mereka jayakan sejak tahun 80-an sehingga kini.
“Untuk Search Rock On 40 ini, kami seperti biasa akan membuat eksperimentasi, ubah intro, tapi solo solo yang signifikan kami tidak akan hilangkan tune yang penting dan sudah dikenal oleh peminat.
“Selebihnya konsert akan mengalir secara spontan, bergantung kepada Amy yang selalu di luar jangka sewaktu membuat persembahan,” kata mereka lagi.
Search Rock On 40 juga akan menjadi penutup tirai konsert berskala besar band ini pada 2022 sebelum merencana pelbagai agenda untuk kembara muzik mereka pada tahun hadapan.
Untuk sebarang pembelian tiket tiket dengan harga RM168, RM238, RM288, RM388, RM488, VIP RM2,500 (empat orang) boleh layari menaranetwork.com atau hubungi talian 019 451 9288 / 019 887 9288 / 019 972 9288.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.