gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Minta Pelajar Praktikal Cukur Bulu Kemaluan, Pembantu Tadbir Didakwa Aibkan Wanita
HIBURAN
“Untuk Erika, Saya Sanggup” - DJ Bravy Sedia Temani Kekasih Bersalin Walau Bukan Anak Sendiri
BERITA
'Fasa Juvana' Si Bulus, Lain Macam Kucing Suka Curi Seluar Dalam Jiran!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Sean Paul Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Ia Satu Nikmat, Saya Tak Sabar"

Amri Hassan
Amri Hassan
24/07/2025
18:29 MYT
Sponsor Banner
Sean Paul Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Ia Satu Nikmat, Saya Tak Sabar"
Bintang antarabangsa genre dancehall, Sean Paul, bakal menggamatkan pentas Malaysia dalam sebuah konsert eksklusif yang dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober 2025.
Konsert ini, yang dijangka menjadi antara acara muzik paling berprestij tahun ini, dianjurkan oleh Epic Elation dengan sokongan daripada Sound Innovations, Spike Productions, dan LFG Entertainment.
Kemunculan semula Sean Paul ke Malaysia ini adalah yang pertama sejak penampilan terakhirnya pada tahun 2018, sekali gus mencetus keterujaan dalam kalangan peminat tempatan.
Para penonton boleh menantikan persembahan penuh tenaga daripada rangkaian lagu-lagu hit beliau, termasuk karya terbaharu seperti ‘Ginger’, yang kini sedang mendominasi pelbagai platform penstriman muzik global.
Tiket rasmi mula dijual pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io,. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan peluang menyaksikan konsert yang dinanti-nantikan ini tidak terlepas.
“Kami amat teruja untuk membawa Sean Paul kembali bertemu peminat di Malaysia pada Oktober ini. Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah sambutan muzik, budaya, dan hubungan sejagat. Dengan kerjasama rakan strategik, kami komited untuk mempersembahkan pengalaman hiburan secara langsung yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation selaku penganjur.
Sean Paul turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke pentas Malaysia.
“Setiap kali berpeluang bertemu peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga peminat di sana memang luar biasa.
“Saya paling bersemangat untuk menyampaikan single terbaharu ‘Ginger’ secara langsung. Lagu ini punya aura tersendiri, dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” kata pemuzik dan penyanyi rap yang kini berusia 52 tahun.
Topic Berkaitan
#Konsert
#Hollywood
#Malaysia
#Sean Paul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement