,
Hiburan

Scarlett Johansson Bakal Buka Kedai Popcorn Di Paris

Ahmad Shah
21/10/2016
13:41 MYT
Sudah puas berlakon, pelakon Hollywood Scarlett Johansson 31, melangkah ke industri makanan dengan membuka kedai popcorn yang diberi nama Yummy Pop.
Menurut laporan dari Yahoo News, Yummy Pop bakal beroperasi di Kota Paris dan Johansson akan menjualnya sendiri di hari pertama pembukaannya.
“Ini merupakan impian saya dan keluarga sejak beberapa tahun yang lalu untuk membawa snek kegemaran Amerika ke benua Eropah.
“Saya sungguh teruja dan tidak sabar memperkenalkan Yummy Pop kepada orang ramai serta peminat setia.
“Apa yang saya harapkan, perniagaan ini dapat mengeratkan hubungan persahabatan di kedua-kedua negara yang saya cintai iaitu Paris dan New York,” katanya.
Tambah Johansson lagi, idea untuk membuka perniagaan ini ialah atas nasihat suami tersayang, Romain Dauriac yang gemar makan popcorn.
Antara perisa pop corn yang dijangka meletop di mulut pembeli ialah Maple Vermont, Strawbery, dan Truffle.
Semoga perniagaan Yummy Pop menjadi kegemaran ramai dan dunia di masa akan datang.
Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Yahoo News
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Scarlett Johansson Pilih Tak Ada Media Sosial Untuk Lindungi Diri

gempak
24/04/2023
12:50 MYT
Pilihan masing-masing.
Laman Utama

"Saya Pun Suka Berhibur, Tapi Berhibur Dengan Suami, Nyanyi Di Rumah Sahaja" - Prof Muhaya

gempak
13/09/2022
08:55 MYT
Prof Muhaya tampil ulas isu hedonisme & konsert artis antarabangsa.
Laman Utama

Jadi Adik Natasha Romanoff Dalam Black Widow, Florence Pugh Teruja Berlakon Di Samping Scarlett Johansson

gempak
22/09/2021
13:45 MYT
Bermula Khamis ini di pawagam, wajib tonton!
Laman Utama

Scarlett Johansson, David Harbour Antara Yang Membintangi Black Widow, Poster Karakter Sudah Dilancarkan!

gempak
12/05/2021
13:10 MYT
Marvel Studios, kini telah mendedahkan poster watak-watak baharu dalam filem terbaru Black Widow.
Berita

Scarlett Johansson & Colin Jost Kahwin, Ajak Menderma Buat Warga Emas

gempak
30/10/2020
02:15 MYT