HIBURAN
Scarlett Johansson Ada Polisi Tak Bergambar Dengan Peminat
Aktres Scarlett Johansson mungkin popular dan menjadi pujaan peminat tetapi ternyata tidak mudah buat penggemarnya untuk bergambar dengan bintang tersebut.
Hal ini lantaran aktres yang kini muncul dengan filem Jurassic Park Rebirth itu memiliki polisi tidak bergambar dengan peminat di luar konteks pekerjaan.
Bintang yang masuk dalam kategori penerima bayaran tertinggi pada tahun 2018 dan 2019 tersebut mengatakan ia adalah sebagai langkah dirinya memiliki privasi.
“Saya tahu hal ini (menolak bergambar) membuat ramai yang ‘terasa’. Keputusan memiliki polisi tidak bergambar dengan peminat bukan bermaksud saya tidak menghargai mereka.
“Sudah tentu saya menghargai peminat. Saya tahu peminat gembira bertemu saya. Tapi saya selalu beritahu mereka saya sedang tidak bekerja. Jadi saya tidak mahu dikenali atau dilihat bersama sesiapa di suatu tempat. Saya hanya mahu melakukan hal yang saya suka,” katanya seperti dilaporkan Deadline.
Johansson juga mengatakan tidak begitu mementingkan populariti.
“Saya hanya suka melakukan hal sendiri dan tiada kena mengena dengan orang lain atau apa yang mereka fikir mengenai saya,” katanya.
Must-Watch Video