,
Hiburan

“Sayang Awak Tak Kecewakan Kami” – Syatilla Melvin Tergamam Lihat Lakonan Shaheizy Sam Dalam Polis Evo 2

Mya Amri
15/11/2018
01:36 MYT
Pelakon Syatilla Melvin tergamam melihat lakonan suaminya, Shaheizy Sam yang merupakan bintang utama untuk filem Polis Evo 2 (PE2).
Syatilla berkongsi pandangannya terhadap PE2 menerusi satu video pendek di ruangan IG story miliknya sejurus tamat tayangan perdana filem tersebut semalam.
Menurut Syatilla, dia memberikan markah penuh untuk filem berkenaan.
“Polis Evo terbaik, tujuh bintang, lapan bintang, sembilan bintang, sepuluh bintang. Markah penuh untuk Polis Evo 2. Terbaik,” ujarnya. Sementara itu, menerusi entri terbaru di Instagramnya, Syatilla mengakui lakonan suaminya tidak mengecewakan.
“Sayang, awak tak mengecewakan kami @shaheizy_sam. POLIS EVO 2 ANOTHER LEVEL LAAAAAA!! #polisevo2,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya menytakan rasa tidak sabar untuk menantikan tayangan sekuel PE2 tidak lama lagi.
BACA: Sebelum Menonton, Ini 13 Karakter Berprofil Tinggi Yang Perlu Anda Tahu Dalam Polis Evo 2
Masih mengekalkan pelakon asal seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak, wajah-wajah baru dalam PE2 ini juga tidak kurang hebatnya.
Antaranya, Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.
Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 22 November ini.
Foto: Instagram @samtilla
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Syatilla Melvin Muntah-Muntah & Mata Jadi Merah, Ramai Doakan Cepat Sembuh

gempak
30/05/2024
04:32 MYT
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

Shaheizy Sam Tak Suka Watak Zarif Dalam ‘Takdir Itu Milik Aku’ - “Saya Tak Bagi Anak-Anak Tengok, Takut Nanti Mereka…”

gempak
17/04/2024
09:55 MYT
Ramai kecam watak Zarif.