,
Laman Utama

“Saya Tutup Komen Bukan Bermaksud Saya Takut Atau Kalah” - Elyana Akui Mahu Letak Batas Di Media Sosial

Izwan Isa
11/08/2022
01:50 MYT
Sungguhpun mendapat kecaman yang teruk daripada netizen dan orang awam, penyanyi Elyana mengakui masih lagi mahu menggunakan media sosial sebagai medium untuk berkongsi dan mencari rezeki.
Begitupun, kongsi Elyana, dia mungkin tidak ‘seramah’ dahulu dan lebih meletakkan batasan antara dirinya dengan peminat.
“Kalau ada pilihan dan pekerjaan saya tidak melibatkan pengguna media sosial, ia lebih membahagiakan. Tapi sekarang, pekerjaan saya perlukan platform media sosial. Nak tak nak saya perlukannya.
“Begitupun, mungkin saya tidak terlalu terbuka seperti dulu. Saya letak batas dan jarak seperti menutup ruangan komen.
“Saya tutup komen bukan bermaksud saya takut atau kalah. Cuma saya nak kena ada ruang sedikit,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pada program Pameran Semarak Uniti Keluarga Malaysia @ MAHA 2022, Serdang, Selangor baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, Elyana berkata yang selama ini dia suka berinteraksi dengan peminat. Namun, rasa itu semakin memudar.
“Saya suka untuk rapat dan berkawan dengan peminat. Saya suka bila orang nak bergambar, sebab saya rasa itu tanda kasih sayang saya pada org lain. Saya sayang semua, tapi kadang-kadang kebaikan kita tidak dibalas dgn kebaikan. Jadi saya perlu ada jarak dan batas sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Elyana turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dirinya selama ini.
“Jika anda rasa masih mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik pada anda. Dan jika anda rasa saya tak layak untuk dapatkan doa anda, saya tetap akan mendoakan anda, supaya hidup anda dipermudahkan oleh Allah, diberi kesihatan yang baik dan anda tidak akan dapat sekalipun rasa apa yang saya rasa dan apa yang saya yanggung selama ini,” katanya.
Bercakap mengenai penglibatannya dengan MAHA 2022 pula, Elyana menyifatkan acara tersebut sebagai satu acara yang amat berbeza jika mahu dibandingkan penganjuran yang sebelumnya.
“Zaman muda remaja pernah terlibat sekali, setelah sekian lama, baru saya nampak MAHA merupakan satu acara yang besar,” katanya.
Pameran Semarak UNITI Keluarga Malaysia KPN di MAHA 2022 turut menampilkan penglibatan beberapa orang artis yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pengacara seperti Mark Adam, Zara Sya, Amira Othman, Fara Fauzana, Dina Nadzir, Lan Solo, Kencana Dewi dan Angeline Tan.
Pihak Astro Awani turut menyediakan studio khas yang akan menyediakan aktiviti menarik seperti ujibakat pembaca berita TV dan pengacara TV kepada pengunjung di pameran KPN sempena MAHA 2022.
Penganjuran MAHA 2022 pada tahun ini dijangka bakal menarik 1.1 juta pengunjung selain menyasarkan lebih daripada RM250 juta potensi nilai jualan produk pertanian dan agro makanan termasuk pemadanan perniagaan (business matching).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Laman Utama

Elyana Kembali Berlakon, Pilih 'Yang Tahu Je Tahu'!

gempak
22/12/2023
09:54 MYT
Lama tak nampak Elyana di kaca televisyen.
Laman Utama

Elyana Dedah Lamar Suami, Tak Kisah Dilabel Perigi Cari Timba - “Lantaklah Orang Nak Cakap…”

gempak
20/11/2023
07:55 MYT
Ini kisah lamaran Elyana
Laman Utama

[VIDEO]"Ini Kertas Will You Marry Me Yang..."- Elyana Dedah Lamar Suami 12 Tahun Lalu

gempak
21/11/2022
01:34 MYT
Elyana Dedah Lamar Suami 12 Tahun Lalu
Laman Utama

“Sejahat Apa Pun Kita, Tetap Allah Di Hati” - Elyana Akui Berusaha Jadi Orang Baik Setiap Hari

gempak
12/09/2022
13:50 MYT
Elyana mahu berubah ke arah yang lebih baik