gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Anak-Anak Anggota Nasyid Rabbani Dilantik Ikon Kursus Mutawwif, Auto Dapat Tempahan Satu Bas! - "Aeydan Muda, Ada Wajah-Wajah ..."
HIBURAN
Shila Amzah Dapat Layanan Seperti ‘Princess’ Sejak Ada Ubai - “Sebelum Ini Saya Tak Pernah…”
HIBURAN
Isu Kenyataan Fitnah: Saari Amri Mohon Maaf Pada Gitaris Barbarik, JoBranko
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

"Saya Tukar Nama Sebab ..." - Wani Selamat Ubah Nama Jadi Wani Syaz

Amri Hassan
Amri Hassan
16/11/2018
03:06 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tukar Nama Sebab ..." - Wani Selamat Ubah Nama Jadi Wani Syaz
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pendusta Cinta, Nur Syazwani Selamat, 23, selesa menggunakan panggilan pentas baharunya, Wani Syaz.
Jelas Wani, 'penjenamaan' baharu itu disifatkan relevan atas dasar terlalu ramai peminat yang keliru antaranya dan Wany Hasrita serta Wanie Kayrie.
"Disebabkan awal-awal dulu keluar jadi penyanyi dengan nama Wani sahaja, tak sangkalah pula ada penyanyi lain yang menggunakan nama yang sama. Ada Wany Hasrita dan Wanie Kayrie.
"Apabila keluar mesti orang akan panggil saya Wany Hasrita atau Wanie Kayrie. Jadi saya rasa tahun ini saya perlu tambah nama di belakang.
"Jadi, saya letaklah Wani Syaz supaya orang tak keliru," katanya kepada Gempak.
Wani yang ditemui pada Parti Road To Final Gegar Vaganza 5 di Ruyi & Lyn Bangsar malam tadi mula menukar namanya sejak dua bulan lalu.
"Sejak menukar nama menjadi Wani Syaz, sebenarnya saya sendiri masih rasa pelik nak panggil diri sendiri dengan nama itu tetapi kena biasakan jugalah," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Wany merancang untuk merakamkan sebuah lagu duet bersama Wany Hasrita.
Bagaimanapun, genre lagu masih belum difikirkan.
"Saya sukakan genre lagu yang catchy tetapi ramai yang mahukan kami merakamkan lagu irama tradisional. Kita tengok macam mana nanti," kata Wani lagi.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Penyanyi
#Viral
#Wani Syaz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement