,
Hiburan

“Saya Tidak Pernah Rasa Semak Dengan Netizen” - Sharifah Sakinah

Mya Amri
03/05/2024
04:55 MYT
Pelakon, Sharifah Sakinah menganggap komen komen yang diberikan netizen terhadap dirinya hanya sekadar luahan mereka di laman sosial.

Okay sahaja dengan netizen

Menurut Sakinah, dia tidak pernah berasa kurang selesa dengan netizen dan bagi dirinya setiap individu mempunyai pendapat masing-masing.
“Saya minta maaf, saya tidak pernah berasa semak dengan netizen sebab saya pun netizen.
“Bila anda sudah berada di dunia internet ni, anda adalah warganet. Macam saya cakap, individu ada yang baik ada yang okay,” katanya kepada Gempak.
Sakinah berkata demikian ketika ditemui di set penggambaram program No Filter sebelum ini.
Mengulas mengenai sering menjadi sasaran netizen, Sakinah beranggapan mereka mungkin mempunyai sebab tertentu.
“Kalau yang buruk pun skala 10 per 10, 20 per 20, mereka pun struggle untuk mencari atau melepas perasaan sebab kita tidak tahu sebab itu adalah dunia internet.
“Mungkin di dunia realiti mereka, mereka kena torture, jadi saya memahami masalah masalah mereka. Saya tidak rimas atau marah pada mereka, tidak langsung,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Semestinya Ada Baik Buruknya…”

Terdahulu, Sakinah sering menjadi sasaran netizen kerana berpenampilan seksi.
Untuk menonton episod penuh tentang Sakinah, klik DI SINI.
Saksikan juga episod terbaharu No Filter yang dihoskan oleh penyanyi, pelakon dan pengacara versatil, Elly Mazlein setiap Isnin di www.gempak.com pada jam 12 tengah hari.
No Filter juga boleh ditonton di Astro Ria saluran 104 pada hari yang sama di jam 8.30 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.