,
Berita

“Saya Tidak Membenarkan Sebarang Tindakan Atau Ugutan Yang Menyalahi Undang-Undang” - TMJ

Gempak
31/05/2024
08:55 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta agar pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap dakwaan melibatkan pegawai polis pengiring yang dipercayai melakukan kekasaran terhadap seorang di individu baru-baru ini.

Tidak benarkan ugutan

Menerusi satu kenyataan di platform media sosial, Tunku Ismail menegaskan bahawa Baginda tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.
“Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
Saya tidak… pic.twitter.com/WHw8akC0yk— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 31, 2024 “Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

“Justeru, saya menggesa semua pihak membenarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan. Saya juga sedar ada gerakan mengheret institusi diraja dengan menggunakan insiden ini, tetapi mengaitkan tindakan anggota keselamatan luar dengan diri saya dan seluruh institusi diraja adalah tidak wajar,” titahnya.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: TMJ Kongsi Detik Cemas, Bersyukur Terselamat Insiden Tembakan Di Bangkok! - "Kami Berlari Ke Ruang Bawah Tanah..."

ARTIKEL BERKAITAN: Buaya Berenang Di Tempat Yang Sama TMJ & Keluarga Bermandi Manda, Perhilitan Bakal Siasat

ARTIKEL BERKAITAN: Jemput Jason Derulo, Tiket Sambutan Kejuaraan JDT Sold Out! - “Mesti Grand Ni, TMJ Jarang Tak Padu..”

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Berita

Polis Kesan Individu Pukul OKU Di Dataran Shah Alam

gempak
16/11/2024
05:25 MYT
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Berita

Anak Lapor Polis Selepas Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku Sejak 2021

gempak
12/11/2024
11:55 MYT
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
Berita

Banyak Spekulasi Tidak Benar, Kami Serbu 5 Pagi - Polis Thailand

gempak
09/11/2024
18:55 MYT
Polis Sungai Golok mendakwa banyak spekulasi yang tidak benar berhubung tangkapan enam suspek rakyat Malaysia di sebuah hotel, Sungai Golok, Thailand baru-baru ini.
Berita

Ibu Hantar Anak Degil, Suka Melawan Ke Balai Polis

gempak
08/11/2024
18:55 MYT
Media tempatan melaporkan, Satrio Tomayahu,19, dihantar oleh ibunya Nunlawati Beu,42, ke balai polis Dungingi, Kabubaten Gorontola bagi memberi pengajaran kepada anaknya itu baru-baru ini.
Unitar