,
Berita

"Saya Tiada Tauliah Agama, Tanya Pada Ahli Yang Betul" - Adam Corrie Tak Mahu Gelaran Ustaz

ZULHILMI JALIL
27/12/2019
04:45 MYT
Pelakon Adam Corrie memberitahu bahawa ramai pihak yang memanggilnya dengan gelaran ustaz berikutan sering berkongsi mengenai hal-hal berkaitan agama dan keindahan Islam di media sosial.
Begitupun, Adam atau nama sebenarnya Adam Corrie Lee Abdullah, 51, menjelaskan bahawa dia bukanlah individu yang layak untuk menerima gelaran tersebut.
"Agaknya, saya jarang muat naik gambar tengah menjalani penggambaran drama atau filem, sebab itu ramai yang DM (Direct Message) saya panggil ustaz, tanya hukum-hakam agama.
"Saya bukan ustaz, saya bukan PU, saya bukan Da'i. Saya tak pernah sertai program tersebut. Jadi, saya tak mahu gelaran ustaz.
"Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul," luahnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Katanya, dia tidak mahu orang di luar sana keliru dengan status sebenar dirinya yang hanyalah seorang pelakon sahaja.
"Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa, seorang artis cina muslim sahaja.
"Apabila saya berkongsi tentang keindahan Islam ia masih belum layak digelar ustaz. Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain," coretnya.

Agaknya saya jarang upload gambar tgh shooting drama/filem .. sebab itu ramai yang DM saya panggil saya ustaz tanya hukum hakam agama. . Saya bukan ustaz... saya bukan PU... saya bukan Dai. Saya tak pernah sertai program tersebut. JadiSaya tak mahu title ustaz. Biarlah gelaran itu diberikan kepada yang betul-betul layak dan ada tauliah. Saya tiada tauliah agama. Tanya pada ahli yang betul. . Saya tak mahu menjadi fitnah pada agama Islam. Kerana Saya hanya seorang pelakon biasa , seorang artis cina muslim sahaja?. Apabila saya sharing tentang keindahan Islam ia masih belum layak di gelar ustaz. . Baik bagi kita, tapi belum tentu baik untuk orang lain ? . #adamcorrie . P/s : gambar tgh shooting drama Gerak Khas

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Perkongsian pelakon filem KL Gangster itu kemudian menerima pelbagai respons.
Rata-rata meminta agar Adam meneruskan usahanya dalam berdakwah.
"Alhamdulillah, tidak perlu gelaran untuk menyampaikan dakwah. Setiap orang ada cara sendiri. Semoga terus istiqomah untuk terus berdakwah," tulis salah seorang pengikutnya.
Sebelum ini, Adam Corrie pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Selangor pada 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar