,
Hiburan

"Saya Terus Tak Habis Belajar!" - Nana Mahazan Kongsi Kenangan Zaman Awal Kemunculan

Asraf Aided
21/04/2020
11:06 MYT
Pengacara dan bintang Akademi Fantasia 1 (AF1) Nana Mahazan mengimbau kenangan ketika zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.
Nana juga sebak apabila menceritakan prinsip yang selalu dipegang dalam kehidupannya.
Perkara itu dikongsi Nana menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
"Apa yang saya selalu pegang dari hari pertama masuk AF adalah sentiasa jadi diri sendiri.
"Tidak lama selepas AF, saya menjadi penyampai radio Era, nak buat keputusan jadi penyampai Era bukan mudah kerana banyak show, orang ramai kata suara saya tak sedap, tak boleh menyanyi tapi show memang banyak ketika itu," kata Nana dalam video tersebut.
Tambah Nana, dia telah pergi ke uji bakat penyampai radio Era kerana telah mendapat dorongan dari bapanya.
"Ayah saya yang suruh pergi uji bakat penyampai radio Era, saya juga tak habis belajar, diploma saya sepatutnya dihabiskan lagi dua semester, terbiar begitu sahaja.
"Pada tahun 2004, saya terpilih menjadi penyampai stesen radio tersebut, 5 Januari 2004 adalah hari pertama saya keudara sebagai penyampai radio Era, selepas itu, saya masih juga menerima undangan persembahan setiap minggu," katanya lagi.

• PART 2 - Ada yg mintak saya cerita masa zaman AF. Saya masuk AF musim pertama pada tahun 2003 masa tu saya 19tahun nak masuk 20.. . . Dah masuk 17tahun dah dari AF smp skang.. Saya bersyukur alhamdulillah atas segala rezeki, kepercayaan, kematangan dan peluang utk masih lagi boleh memberi manfaat pada semua (kalau x semua pun saya tetap bersyukur). . Di kesempatan ini saya nak ucapkan terima kasih pada Astro, team production, tenaga pengajar, yg sokong saya, yang caci saya, semua lah yg secara langsung atau tidak yg menjadikan saya, saya.. .. . AF di hati.. next nak cerita apa pulak? Zaman Era? Hahahaha.. . . Owh lupa.. masak Udang masak lemak tempoyak #selauknana versi #nanamanusiagigih

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan) on

Selain Nana, AF1 yang bersiaran pada tahun 2003 itu turut disertai oleh Vince, Khai, Rosma, Azizi, Liza dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Terkini

Biar Betul? Era Pinjam RM250 Dari Ah Long Untuk Bagi Pendengar!

gempak
10/09/2024
06:43 MYT
Berita baik untuk semua pendengar radio Era, kini anda berpeluang untuk memenangi wang tunai RM250 sempena peraduan Baik Punya Ah Long.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.
Terkini

Hanya Dapat RM15 Sehari, Pak Cik 'Tukang Kasut' Sayu Dibantu Penyampai Radio ERA - "Dia Minta Tolong Kami Promosikan..."

gempak
21/08/2024
10:06 MYT
Perasaan tukang kasut yang dikenali sebagai pak cik Ujang Samsudin bertukar menjadi ceria apabila dia dikunjungi penyampai radio ERA iaitu Haziq Hussni, Shasha Nadira dan Fazziq Muqris pada petang Rabu.
Berita

Giliran Ray Tinggalkan ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

gempak
09/08/2024
09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Ray mengundurkan diri dari konti radio Eera bermula hari ini selepas 19 tahun berkhidmat kepada pendengar setia.