,
Laman Utama

“Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman

Mya Amri
27/07/2023
23:54 MYT
Pelakon, Alya Iman tampil berani dengan memakai gaun seksi semasa menghadiri majlis sidang media Anugerah Telenovela yang berlangsung pada Rabu.
Sedia menghadapi risiko kecaman, Alya bagaimanapun berharap orang ramai dapat menerima penampilan terbaharunya itu.
“Saya terima dan tahu akibat apabila berpakaian macam ini orang akan kecam. Namun, saya fikir ini ialah diri saya.
“Saya sukakannya dan berharap orang akan menerimanya. Saya okey sahaja dan ingin menjadi diri sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.
Walaupun sering menerima komen negatif di media sosial namun kata Alya dia tetap membacanya.
“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap baca juga. Kadang-kadang ada yang memberi kesan kepada saya.
“Namun, saya mempunyai orang positif di sekeliling yang selalu memberikan semangat kepada saya,” ujarnya.
BACA: [VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik
BACA: "Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar" - Alya Iman
Terdahulu, anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Kata Alya, keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

gempak
23/11/2024
21:55 MYT
Malah, lagu-lagu ciptaanya juga sering mendapat kritikan kerana bagi netizen lagu yang dinyanyikan dianggap sama dan tiada perubahan.
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hollywood

Mengaku Diri Bersih, Kekasih Selena Gomez Tidak Mandi Setiap Hari

gempak
20/11/2024
13:50 MYT
Benny Blanco baru dinobatkan sebagai salah seorang Lelaki Terseksi 2024 oleh majalah People.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar