Hiburan
"Saya Terbangun Akibat Gegaran Itu" - Afgan Kongsi Pengalaman Kejadian Gempa Bumi
Penyanyi popular Indonesia, Afgan, 29, berkongsi pengalamannya ketika kejadian gempa bumi di Lombok pada Julai lalu.
Menurut Afgan, dia sedang berada di Bali ketika kejadian tersebut.
"Tsunami yang baru menimpa Sulawesi ini benar-benar membuatkan saya bersedih dan terkenang pengalaman ketika berada di Bali pada 29 Julai lalu.
"Sesetengah kawasan di Bali turut menerima tempias dari gempa tersebut, saya dapat merasa gegaran hingga membuatkan saya terbangun dari tidur pada pagi hari kejadian," katanya.
Afgan ditemui di sidang media Konsert Dekade Live In Kuala Lumpur 2018 bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.
Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.
Must-Watch Video