,
Laman Utama

“Saya Telah Berhubung & Berbincang…” - Masya-Allah! Kes Penderaan Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Percuma?

Hanafis Haris
16/04/2022
21:53 MYT
Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus ‘hangat’ diperkatakan.
Terbaru, kes tersebut telah pun mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Perkara itu diumumkan Tunku Ismail sendiri menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurut Tunku Ismail, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran berkenaan.
"Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.
"Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini," katanya.
Jelas Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.
Terdahulu isteri Tunku Ismail YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berazam akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membela nasib remaja Sindrom Down, Bella. Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda berkongsi luahan rasanya terhadap malang yang menimpa Bella untuk tatapan umum.
Jelas beliau, tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dianggap pengecut kerana merasakan dirinya boleh terlepas daripada perbuatan keji yang telah dilakukan.
BACA: “Saya Akan Buat Apa Sahaja Dengan Kuasa Yang Saya Ada Bagi Menuntut Keadilan Untuk Bella” - YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.
Berita

“Stop Grooming Children! Stop Pedofile Bang**t” - Peguam Dedah Kisah Ada Pakcik Mahu Nikah Anak Buah Sendiri

gempak
12/09/2024
16:00 MYT
Seorang peguam berkongsi pengalamannya bertemu dengan individu yang menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan anak saudaranya sendiri.