,
Hiburan

“Saya Takut Nak Menyusahkan Orang…” - Tony Eusoff Mahu Sentiasa Beri Sepenuh Hati Dalam Kerja

Asyikin Mayudin
13/04/2024
09:55 MYT
Pelakon Tony Eusoff memberitahu dia sentiasa memberi sepenuh jiwa dan komitmen menerusi setiap projek yang diberikan kerana ia adalah tanggungjawabnya untuk melaksanakan dengan baik.
Menurut Tony, dia berasa bimbang akan menyusahkan banyak pihak sekiranya tidak melakukan kerjanya dengan sebaik yang mungkin.
“Saya takut nak menyusahkan orang, kalau saya buat sesuatu saya takkan buat dengan separuh jiwa sebab setiap projek adalah tanggungjawab besar buat saya jadi saya akan memberikan 150 peratus komitmen.
“Kalau kita sudah tandatangani kontrak kita tiada hak nak merungut, kita kena bagi komitmen. Kalau tak mahu bagi komitmen, baik tak payah buat.
“Kalau separuh jiwa, kita sendiri akan jiwa kacau jadi kita sendiri akan memberikan kerjasama untuk menghasilkan karya yang cantik.
“Saya percayakan ‘teamwork’ dan kalau boleh saya tak mahu saya menjadi sebab sesebuah karya itu terjejas,” kata Tony kepada Gempak.

Tampil Dengan Filem Mencari Ramlee

Berkongsi lanjut, Tony akan tampil menerusi filem baharu arahan Megat Shahrizal berjudul Mencari Ramlee bersama Datin Sofea Jane dan Mimi Lana.
Mencari Ramlee sudah pun siap dirakamkan, dan kini dalam proses pasca produksi. Ia direncanakan akan ditayangkan di pawagam tempatan pada penghujung tahun ini.

BERITA TRENDING: Lama Sendirian, Tony Eusoff Teringin Berkahwin! - "Orang Tua Pun Boleh ..."

BERITA TRENDING: “Saya Pernah Dengar Ada Influencer Bermasalah, Tapi Tidak Mereka Ni" - Tony Eusoff
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.