,
Laman Utama

"Saya Takkan Makan Lemang Selain Hari Raya" - Nora Danish

Amri Hassan
24/04/2023
07:50 MYT
Pelakon jelita Nora Danish mengakui hanya akan menjamah hidangan kegemarannya iaitu lemang setiap kali tibanya Syawal.
Enggan 'merosakkan' mood berhari raya, kata Nora dia tidak akan sesekali merasai lemang pada hari biasa selain hari raya Aidilfitri.
"Makanan kegemaran saya apabila tibanya hari raya Aidilfitri ialah lemang! Saya tidak akan makan lemang pada hari biasa sebab tak nak rosakkan feel hari raya itu sendiri," katanya.
Nora yang bakal muncul dengan filem trilogi Polis Evo 3 pada Mei 2023 nanti mengakui teruja melihat keletah dan keseronokan anak bongsunya, Mohamed Neqayl meraikan lebaran.
Jelas Nora, disebabkan kesibukannya bekerja sepanjang anak pertamanya, Putra Rayqal membesar, dia kerap terlepas momen-momen yang sepatutnya diluangkan bersama anak terutama ketika menyambut hari raya.
"Mereka ni sebenarnya sangatlah teruja terutama Ney Ney. Bagi dia raya adalah cuti dan dapat duit raya, tak terfikir pun fasal mercun semua. Beza dengan kita dulu-dulu.
"Sekarang ni saya baru sedar betapa ruginya tak luangkan masa bersama anak-anak ketika mereka kecil.
"Yang pertama dah masuk sekolah asrama, dah jarang balik rumah. Yang kedua pun sekolah juga, jadi tinggal Ney Ney saja dengan kami sekarang.
"Masa Rayqal kecil saya aktif bekerja, jadinya saya selalu tertinggal zaman budak-budak dia. Oleh itulah, saya betul-betul berikan perhatian kepada Ney Ney sekarang," tambahnya.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putra Rayqal Ramli.
Namun, mereka bercerai pada 10 Julai 2008.
Nora kemudiannya berkahwin dengan Mohamad Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.