,
Hiburan

"Saya Tak Pernah Sertai 'After Party', Lepas Event Balik Rumah Terus" - Alif Satar

Amri Hassan
31/03/2024
09:00 MYT
Penyanyi, pengacara dan pelakon Alif Satar akui tidak pernah menyertai mana-mana parti yang dianjurkan selepas selesai acara hiburan.

BERITA TRENDING: Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua…

Kata Alif, prinsip yang dipegangnya itu bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan perkara yang tidak elok.
"Selepas selesai kerja, saya akan terus balik rumah. Saya tak pernah sertai mana-mana parti selepas selesai acara.
“Daripada umur 16 tahun, saya tak pernah sertai ‘after party’ atau nak lepak di mana-mana ke apa.
“Kalau dulu semasa Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Juara Lagu (AJL) atau apa sahaja, memang saya tak sertai parti…tak akan nampak saya di acara itu.
“Semasa menang tempat ketiga pada AJL 37, tahun lalu pun saya tak sertai. Saya hanya pergi untuk sesi temubual, lepas tu saya balik rumah," katanya kepada Gempak.
Alif ditemui pada majlis berbuka puasa sempena pengumuman perlantikan dirinya sebagai duta GB Gold Malaysia di Forest Valley Hall, Cheras baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya

Tegas Alif, sebagai public figure, dia harus peka dan sentiasa berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan tidak kira di mana saja berada.
"Saya tak pernah rasa diri ini seorang selebriti. Sebab tulah, saya tak pernah segan pergi makan kedai mamak, tak kisah lepak dengan sesiapa atau pergi mana-mana.
“Saya tak pernah rasa macam tu, cuma saya tahu diri saya adalah ‘public figure’ dan tahu apa yang dibuat orang akan tengok, percaya dan dengar.
“Orang juga akan jadikan saya sebagai rujukan, jadi bila pergi mana-mana saya kena tanggungjawab.
“Kadang-kadang kalau pergi tempat macam tak berapa baik saya akan berfikir sama ada ia okay atau tidak.
“Nakkan kepastian, saya akan hubungi ustaz atau mufti tanya pendapat mereka. Disebabkan itulah kena ada individu dijadikan rujukan," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Ukiran 'Hayya Alal Falah' Pada Gold Bar Unik Berbentuk 'Alif'! Rezeki Alif Satar Dilantik Duta Produk Emas GB Gold

Dalam perkembangan lain, Alif menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) sebagai duta kepada GB Gold Malaysia selama 15 bulan bermula bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahfizzam Moideen turut mengumumkan penajaan konsert jelajah Alif Satar & The Locos di United Kingdom pada 20 April depan selama 14 hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Unitar