,
Hiburan

"Saya Tak Pernah Kata 'Awak Tak Perlu Pergi Ke Sekolah', Ayat Saya Ialah..." - As'ad Motawh

Amri Hassan
24/01/2024
06:55 MYT
Penyanyi As'ad Motawh tampil menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwanya pernah mengeluarkan kenyataan berbunyi ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’.

BERITA TRENDING: As'ad Motawh Kenang Zaman Susah Sebelum Jadi Artis, Duit Poket Ada RM5, Sabun Tangan Gantikan…

Jelas As'ad, maksud sebenar yang ingin disampaikan secara peribadinya dia lebih memilih untuk pembelajaran secara homeschooling berbanding ke sekolah harian biasa.
"Saya tidak pernah berkata ‘awak tidak perlu pergi ke sekolah’. Ayat saya adalah ‘saya bukan seorang manusia yang suka ke sekolah dan saya anggap itu adalah membuang masa’.
"Kenapa saya rasa itu membuang masa? Kerana saya rasa saya ada rezeki untuk menjadi penyanyi dan ada rezeki untuk guna cara ‘homeschooling’.
"Kalau ‘homeschooling’ saya hanya perlu ke sekolah biasa selama 6 jam sehari, sebanyak dua kali seminggu.
"Dalam tempoh itu, saya belajar macam-macam ilmu sejak tingkatan 4 dan 5. Kemudian selepas saya tamat sekolah, sebenarnya saya boleh berbuat demikian (‘homeschooling’) sejak daripada awal lagi.
"Jadi dengan ‘homeschooling’, boleh jimat banyak masa dan saya boleh buat sesuatu perkara lain yang juga boleh mendatangkan manfaat lain buat saya," ujarnya dalam satu sesi podcast terbaharu bersama The Salesman Talk.

PILIHAN PEMBACA: "Jujurnya Saya Tak Solat Dahulu... Saya Budak Nakal" - As'ad Motawh

@thesalesmentalk
Pandangan peribadi As'ad tentang sekolah.♬ Romantic - ADTurnUp Tambah As'ad, dia akan memilih cara homeschooling seandainya diberikan peluang untuk belajar dengan cara sedemikian.
"Saya secara peribadi merasakan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5, itu adalah satu tempoh yang sangat lama. Jadi sebenarnya boleh dipendekkan sebagai salah satu solusi.
"Memendekkan tempoh itu pula membuka peluang saya ke sesuatu perkara," tegasnya.
Terdahulu, kenyataan As'ad menerusi satu siaran podcast tentang pilihan untuk bersekolah mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
Dakwa netizen, As'ad berpendapat bersekolah adalah perkara yang membuang masa dan apa yang dipelajari tiada kaitan dengan apa yang dilakukan sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.