,
Hiburan

"Saya Tak Nak Jadi Punca Kesedihan Orang" - Naz Rahman Mahu Rahsiakan Penyakit Seperti Chadwick Boseman

Amri Hassan
09/09/2020
09:49 MYT
Pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman menyifatkan kisah hidupnya hampir sama dengan mendiang Chadwick Boseman.
Kata Naz, selepas 15 tahun menderita gangguan saraf tunjang termampat, dia akhirnya terpaksa berkongsi kisah hidupnya itu apabila terpaksa menjalani pembedahan kali ke-10 pada Mac lalu.
"Sebenarnya apa yang dialami oleh mendiang sebenarnya hampir sama dengan saya. Kalau boleh memang saya cuba nak rahsiakan mengenai penyakit ini.
"Dia tidak memaklumkan pun kepada sesiapa tentang penyakitnya. Sama seperti saya... tapi apabila ada yang tahu saya pula kena maki.
"Saya betul-betul tak nak susahkan orang bila orang simpati semangat kita kurang. Alhamdulillah saya syukur dengan sokongan keluarga serta peminat sekarang," katanya kepada Gempak.
Risau akan nasib kerjaya seandainya berkongsi perihal penyakit terbabit, Naz nekad untuk tidak akan bercerita lagi tentang hidupnya kepada umum selepas ini.
"Pada masa akan datang pun kalau ditakdirkan saya menderita penyakit lain, saya rasa lebih selesa untuk merahsiakannya kerana tak mahu ia menjadi punca kesedihan orang.
"Baik keluarga, teman-teman atau peminat, saya mahu dikenang sebagai seorang yang ceria sahaja sama seperti apa yang dilakukan oleh ‘Raja Wakanda’ tersebut," tambahnya.
Naz kini sedang menjalani proses fisioterapi selama setahun lebih selepas menjalani pembedahan pada Mac lalu.
Boseman yang pernah membintangi filem Black Panther itu meninggal dunia akibat kanser kolon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

gempak
31/08/2024
11:50 MYT
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Berita

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser - IARC

gempak
10/07/2024
13:55 MYT
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengklasifikasikan talkum yang wujud secara semula jadi sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia (Kumpulan 2A).
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.