VIRAL
“Saya Tak Nak Dipancing Untuk Londeh Melondeh Aib Semasa Bergelar Suami Isteri” - Kim Seri
Pempengaruh media sosial, Kim Seri memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan seorang wanita dipercayai kakak iparnya yang mendakwa bekas suami Kim Seri kini menanggung akibat atas jenayah yang dilakukan semasa mereka masih bergelar suami isteri.

Enggan aibkan bekas suami

Enggan memanjangkan sengketa, Seri memaklumkan dia menyerahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan.
“Dia dipanggil untuk siasatan, biarlah dia buktikan di pihak dia, dan saya pun buktikan segalanya di pihak saya di sini kepada pihak polis. Ke mana duit pergi, ke mana urusan transfer.“Saya tak nak dipancing untuk londeh melondeh aib semasa bergelar suami isteri macam pasangan bercerai yang lain. “Saya sebagai bekas isteri sentiasa doakan urusan kami berdua dipermudahkan. Ya Allah, elakkan aib mengaib sesama sendiri semasa bergelar suami isteri.
“Tuan badan pun cakap macam ni. Jadi cukuplah sampai situ, biarlah selebihnya dia terangkan pada pihak polis.
“Keluarga, sepupu, sepapat yg duduk jauh tak duduk sekali time kami jadi suami isteri biarlah polis jalankan tugasnya,” jelasnya menerusi Insta Story baru-baru ini.
Beri kerjasama lakukan siasatan
Dalam pada itu, Seri yang kini menetap di Korea berkata dia akan memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan.“Insya-Allah, kalau ex saya tak bersalah dia akan dibebaskan dan segalanya berkaitan pengurusan kedai dan kewangan sama macam yang saya terangkan sebelum ini.“Saya serahkan segalanya kepada pihak polis untuk siasatan baik di sebelah saya, sebelah dia atau mana-mana. “Saya juga dipanggil untuk siasatan di sini & akan memberi kerjasama penuh. Jadi biarlah kami sama-sama terangkan kepada pihak polis dari setiap pihak.
“Biarlah segalanya serahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan,” maklumnya.
BERITA TRENDING:Kim Seri Umum Perkahwinan Dengan Jejaka Pilihan Hati, Choi Amin
BERITA TRENDING:“Bercerai Sebab Nak Kahwin Lelaki Korea? Lucu” - Kim Seri Tak Kisah Fitnah Orang, Tetap Tutup Aib Rumah Tangga
BERITA TRENDING:Usaha Bayar Balik Hutang Diganggu, Kim Seri Terima Banyak Ugutan! Rasa Stress Sampai Nak Terjun Bangunan - “Polis Korea Datang Selamatkan, Masuk Kaunseling…”
BERITA TRENDING:“Saya Terima Setiap Kejian, Makian Anda” - Kim Seri Reda Dikecam, Hanya Mahu Fokus Bayar Hutang & Refund
BERITA TRENDING:“Selamat Datang Ke Dunia Muka-Muka” - Restoran Ditukar Milik, Kim Seri Dakwa ‘Ditendang’ Tiba-Tiba
Terdahulu, nama Kim Seri mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan oleh pempengaruh itu. Jumlah kerugian yang dilaporkan mencecah RM500,000.
Susulan dakwaan tersebut, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan membayar semula wang pelanggan selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.
Namun begitu, sebahagian mangsa mendakwa sehingga kini mereka masih belum menerima bayaran balik, manakala Kim Seri pula dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki warga Korea Selatan.
Must-Watch Video