Hiburan
"Saya Tak Kuat, Allahuakbar" - Noorkhiriah
Perkongsian pelakon Noorkhiriah tentang tiga adik-beradik yang kehilangan ibu tercinta menyentuh hati ramai.
Dalam hantaran di Instagram, tiga adik-beradik perempuan berusia bawah tujuh tahun itu kelihatan terpinga-pinga menyaksikan jenazah arwah ibu mereka.
"Saya tidak kuat... Allahuakbar... berulang kali saya lihat video ini, deras air mata. Tidak boleh berbohong sakitnya hilang tiba-tiba.
"Semoga anak-anak diberikan kekuatan atas kehilangan ibu mereka. Meninggal dunia dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital.
"Mohon doakan anak-anak ini diberikan kekuatan dan ayahnya juga, jaga amanah ALLAH ini baik-baik. Ini kes yang paling saya tidak boleh tahan, saya berdoa sangat pada ALLAH, berikan kekuatan dan kesabaran buat yang sedang diuji ini. Tempatkan dikalangan hamba-hambaNYA yang beriman," kongsinya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat salah seorang daripada anak wanita berkenaan menangis sebaik mencium tubuh ibunya yang sudah kaku.
Difahamkan wanita berkenaan yang sesak nafas dan mempunyai ketumbuhan dalam badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Dalam hantaran berbeza, Noorkhiriah turut berkongsi sepotong lagi video yang memperlihatkan anak sulung arwah mencium plastik kuning dipercayai mempunyai baju terakhir arwah ibu mereka.
“Dicium plastik kuning baju terakhir. Semoga ALLAH bagi kekuatan ya anak-anak. Allahuakbar...tak pernah rasa sesakit ini dalam kehilangan selain kehilangan ayah saya," tulisnya.
Dalam hantaran berikutnya, Noorkhiriah juga memohon sumbangan orang ramai bagi meneruskan hasrat murninya menjalankan fardhu kifayah dan membantu golongan kurang berkemampuan.
Must-Watch Video