gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Wani Kayrie Tak Sangka Muzik Video Cak Cak Cekuk Raih Lebih 500K Tontonan - “Walaupun Agak Perlahan Pada Awalnya…”
HIBURAN
“Nanti Datuk Aliff Syukri Tengok!” – Cik B Merajuk Disakat DSV Lagi, Netizen Terhibur
HIBURAN
Jennie BLACKPINK Didakwa ‘Biadap’ Ketika Arahkan Staf Betulkan Kasut, Peminat Pertahan - “Dia Tekanan Atas Pentas…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi

Mya Amri
Mya Amri
28/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, menegaskan dia tidak pernah mengenepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya pada Ogos lalu.

Aslam lebih selesa dengan Norman Hakim

Menurut Marissa, berita mengenai kematian bayinya baru-baru ini lambat diterima ibunya kerana suaminya, Ahmad Aslam lebih selesa berinteraksi dengan bapanya, Norman Hakim.
“Mama tak tahu sebab Aslam dia lebih rapat dengan papa (Norman). Dia lebih selesa dengan lelaki. Itulah sebabnya. Dia banyak berinteraksi dengan papa dan ayahnya. Itu sahaja.
“Tapi, itu tidak bermaksud saya ketepikan mama. Akhirnya, mama dapat tahu juga sebab saya kongsikan juga,” jelasnya.
Marissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran perisa baru Berryfull bersama Abby Abadi di Damansara pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Tenang Aslam Buat Live Bersama Umisya, Empunya Badan Respons: “Korang Jangan Gaduh, Aslam Ada Giliran Dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Kata Sindiran, Marissa Dania Tak Nak Sekat 'Haters' - "Biarkan Satu Atau Dua, Jadi Mereka Boleh..."

Hanya bergurau

Sementara itu, ditanya mengenai tindakkannya meninggalkan komen di Instagram ibunya mengenai tidak menjawap pesanan WhatsApp, Marissa berkata niatnya hanyalah untuk bergurau.
“Saya dan mama tak ada apa pun sebenarnya. Memang saya nak menghubungi mama, tetapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau.
“Kami okay sahaja. Tempoh hari, mengenai perkara itu ada sebablah dan tak ada apa pun,” katanya.
Sementara itu, berkongsi keadaanya yang baru kehilangan bayi sulung bulan lalu, Marissa berkata dia dan suami reda dengan pemergian bayi itu.
“Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah.
“Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana?” ujarnya.
Terdahulu, Marissa sebelum ini dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Marissa yang juga isteri kedua Ahmad Aslam sebelum itu dikatakan mengadu sakit perut sebelum dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.
Begitupun, permata hati sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan dan selamat dikebumikan sehari kemudian.
Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#Norman Hakim
#Marissa Dania
#Aslam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement