,
Berita

"Saya Tak Down, Tak Murung, Tak Sedih" - Lumpuh Sebelah Muka, Ini Pesanan Faye Kusairi Buat Pengikutnya...

ZULHILMI JALIL
11/12/2020
00:20 MYT
Susulan kisah dirinya terkena serangan Bell's Palsy yang mengakibatkan lumpuh pada sebahagian wajah, pelakon Faye Kusairi mengakui ramai yang cukup prihatin dengan keadaannya itu.
Bahkan, kata Faye, dia juga tidak putus-putus menerima notifikasi mesej daripada orang ramai di media sosial yang bertanyakan status keadaan dirinya.
Begitupun, Faye yang sedang sarat mengandung anak kedua itu meminta umum agar tidak usah terlalu risau dengan keadaan kesihatannya.
"Di sini saya nak kongsikan yang saya sihat walafiat. Tak murung, tak ada pemikiran negatif. Saya berulang kali lakukan rawatan dan senaman serta makan ubat yang disarankan oleh pihak hospital terutamanya doktor saya.
"Jangan risau ya semua, saya tak down. Saya tak murung. Saya tak sedih. Malah bersyukur diberi 'rezeki' ini untuk sentiasa tahu yang Allah sayangkan saya sebab tu Dia bagi saya pengalaman ini untuk sentiasa muhasabah diri," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Jelas Faye, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang mengambil berat mengenai dirinya.
"Saya belum sempat nak balas satu-satu sebab memang banyak dan saya sedang berehat menunggu hari untuk bersalin.
"Harap semua faham dan saya nak anda semua tahu yang saya dah baca DM anda termasuklah perkongsian cerita pengalaman anda menghadapi Bell’s Palsy ni," katanya.
Jelas Faye lagi, buat masa sekarang dia memberikan fokus dengan melakukan rawatan urutan intensif dengan menggunakan mesin khas yang dibeli bagi merangsang otot dan saraf mukanya.
Pada masa sama, kata Faye, dia menasihati mana-mana individu yang berdepan masalah sama untuk tidak patah semangat.
"Kepada yang juga mengalami masalah sama seperti saya, saya harap korang jangan sedih ah ya. Kekal positif seperti saya.
"Ada yang sembuh cepat, ada yang sembuh lambat. Pokok pangkalnya, kita akan sembuh jika kita kekal positif dan rajin berusaha memperbaiki diri.
"Kekal tabah dan selalu positif. Saya akan cuba yang terbaik untuk kongsikan perkembangan semasa walaupun saya sebenarnya dah penat gila sebab dah sarat," katanya.
Terdahulu, Faye ditahan di wad sebuah hospital selepas terkena serangan Bell's Palsy menyebabkan pipi kanannya lumpuh.
BACA: Hamil 38 Minggu, Faye Kusairi Kena Serangan Bell's Palsy Ketika Menggosok Gigi - "Muka Sebelah Kanan Lumpuh"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar