gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mahu Jaga Nama Baik Keluarga, Ezlisa Loy Enggan Panjangkan Isu Busana Perkahwinan - "Setiap Hari Saya Berdoa Agar…"
HIBURAN
Andy Teh Teruja Kategori Baharu Diperkenalkan - “Mungkin Ada Peluang Untuk Tercalon”
HIBURAN
Umum Konsert 'DiA Misha Omar' Berskala Mega 29 November Ini, Misha Omar; "Walau Saya Tak Pernah Ada ..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Tak ‘Bitter’, Hanya…” - Ally Mukhriz

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
10/07/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak ‘Bitter’, Hanya…” - Ally Mukhriz
Cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Ally Mukhriz nafi ‘bitter’ dengan penampilan pelakon, Ezlisa Loy yang mengenakan busana perkahwinan seakan-akan miliknya.
Menurut Ally, dia telah menerima beberapa kiriman mesej daripada pengikut yang menghantarnya tangkap layar mengenai penampilan Ezlisa yang memakai busana songket biru hasil rekaan pereka fesyen Sam Republic.
“Saya tak bitter langsung. Dan betul, saya ditag dan dihantar hantaran tersebut tetapi saya tidak pernah menyangka ia akan berkembang menjadi seperti sekarang. “Hantaran asal saya bukanlah bertujuan untuk membandingkan siapa pakai lebih cantik,” katanya membalas komen netizen di Instagram.
Dalam pada itu, Ally turut menitipkan ucapan manis kepada Ezlisa yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. “Saya rasa kedua-dua pereka fesyen dan pengantin mempunyai rujukan yang sama dan pasti busana itu disukai oleh kedua-dua pengantin.
“Saya doakan Ezlisa Loy mengecapi kebahagian dalam babak baru dalam kehidupan dan semestinya songket biru adalah sesuatu yang timeless,” ujarnya.
Untuk rekod, Ezlisa Loy mengenakan busana songket biru muda rekaan Samm Republic ketika majlis persandingannya namun beberapa netizen mendakwa busana tersebut menyerupai rekaan yang pernah digayakan oleh Ally Mukhriz lima tahun lalu, hasil rekaan Fiziwoo.
Topic Berkaitan
#Ally Mukhriz
#Ezlisa Loy
#Baju Kahwin
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement