,
Laman Utama

"Saya Tak Akan Benar Mereka Guna Nama VE! VE Is VE" - Zaf Mohon VE GV9 Tukar Nama Baru

Syafiqah Jalal
01/12/2022
23:44 MYT
“Selepas 11 minggu VE digunakan dalam GV9, dengan ini saya berpendirian lebih baik mereka bergerak ke hadapan untuk membina kerjaya mereka dengan nama yang baru bukan VE,” tegas ahli asal kumpulan VE, Zaf yang tampil meminta agar kumpulan yang dibina atas nama VE di Gegar Vaganza kesembilan (GV9) tidak lagi menggunakan nama VE sebagai nama kumpulan mereka.
Kata Zaf atau nama penuhnya Zafri Nazarudin, keputusan itu diambil secara aman bagi menjaga hubungan silaturahim di masa akan datang.
“Saya sebagai orang yang menubuhkan kumpulan ini dari awal bertanggungjawab di atas nama kumpulan VE.
“Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dan biarlah ia saling menghormati supaya hubungan silaturahim ini tidak menjadi keruh,” pohonnya.
VE tampil dalam GV9 sebelum ini dengan barisan baharu Cham, Adeep, Hakim serta Fakhiz.
Zaf mendedahkan konflik dengan kumpulan VE sebelum ini tercetus selepas dia diminta untuk tidak mencampuri urusan mereka dalam GV9 sebelum pertandingan itu bermula.
“Saya akui ada berlaku salah faham sebelum GV9 berlangsung. Saya yang daripada awal menguruskan VE bersama produksi GV9 di Astro untuk menyertai program itu terkilan kerana tiba-tiba seperti disingkirkan.
“Malah saya tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan mereka yang menyertai GV9. Saya hormati keputusan mereka. Jadi saya undurkan diri serta tidak memberi sebarang kenyataan mengenai status saya sebelum ini,” jelasnya.
Menurut Zaf dia sudah memaklumkan kepada ahli kumpulan bahawa tidak dapat memberi komitmen ketika itu kerana urusan kerja dan bersetuju untuk Fakhiz menggantikannya buat sementara waktu di GV9.
“Malah keputusan awal sepatutnya meletakkan Fakhiz hanya sebagai ‘pemain simpanan’ sahaja kerana saya tidak dapat memberi komitmen dalam tempoh itu.
“Namun saya dapat tahu dari media dia telah diserap masuk sebagai ahli baru kumpulan itu tanpa persetujuan saya. Saya jadi bingung mengapa membelakangi saya?” persoalnya.
Justeru, Zaf menjelaskan sebagai ahli asal kumpulan VE meminta agar mereka membina nama kumpulan yang baharu.
“Saya tak akan benarkan mereka guna nama VE. VE is VE. Lagipun saya rasa mereka sudah dikenali dan orang akan terima mereka dengan lebih baik.
“Demi menjaga nama baik VE lebih baik mereka bergerak dengan nama baharu,” tegasnya lagi.
VE di GV9 memenangi tempat kelima dalam pertandingan akhir serta memenangani trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM15,000. GV9 menobatkan Jaclyn Victor sebagai juara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.
Hiburan

“Apa Sebab Nak Perlekeh Keturunannya Pula?” - PU Syed Tampil Bersuara, Kurang Setuju Bab Isu Nama Keturunan

gempak
04/09/2024
00:53 MYT
Penceramah bebas, PU Syed tampil bersuara mengenai isu nama Syed dan Sharifah yang menjadi perbualan hangat di media sosial.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Fizi Ali Dedah Wajah Anak Ketiga, Pilih Nama Nurraisya Sofea - "Semoga Membesar Dengan Baik Ya Sayang"

gempak
26/08/2024
12:07 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali akhirnya tampil berkongsi wajah puterinya di platform Instagram.
Hiburan

Justin Bieber & Hailey Kongsi Nama Anak Sulung - “Jack Blues Bieber”

gempak
24/08/2024
07:55 MYT
Selebriti terkenal Hollywood, Justin Bieber dan isteri, Hailey mengumumkan kelahiran cahaya sulung mereka yang diberi nama, Jack Blues Bieber.