,
Hiburan

“Saya Tak Ajar Mereka Jadi Toksik…” - Khairul Aming Kongsi Rahsia Team Cemerlang, Syukur Tiada Yang Mahu Berhenti

Mya Amri
24/09/2024
01:57 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming berkongsi rahsia kecemerlangan pasukan pekerjanya.

Budaya kerja sihat

Menurut Khairul Aming, dia menerapkan budaya kerja yang sihat antara mereka.
“Bina team yang cemerlang mudah sahaja, saya dulu bekerja juga dengan orang. Jadi dalam enam tahun dalam dunia korporat, bila saya duduk di jawatan sebagai pekerja, saya sudah meletakkan impian bos macam mana yang saya nak.

“Jadi bila kita yang jadi bos, kita kena tukarlah. Kita kena jadi bos yang pekerja kita nak. Jadi satu budaya yang saya ketengahkan dalam syarikat ialah saya tak ajar mereka untuk jadi toksik.

“Maksudnya competing against each other lah. Sebab itu dari segi bonus ke, nak bawa mereka pergi bercuti ke, shopping, duit poket, semua orang dapat sama rata. Tidak kisah jawatan apa sekali pun,” jelasnya.
Tips itu dikongsi oleh Khairul Aming semasa ditemu bual mengenai pencapaian dalam perniagaan produk makanannya, Dendeng Nyet Berapi baru-baru ini.
Video temu bual itu dimuat naik di akaun TikTok Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Datuk Dr Ismail Salleh.

Tiada pilih kasih, sama-sama adil

Dalam pada itu, Khairul Aming juga meluahkan rasa syukur apabila melihat budaya yang dipraktikkan dalam pasukannya itu berkesan.

“Kita nak ajar semua orang kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih. Bukannya aku buat lebih, kau dapat kurang memang tiada.

“Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, alhamdulilah sekarang ni pun boleh kata tak ada yang berhenti setakat ini,” ujarnya.
Berikut merupakan video penuh perkongsian Khairul Aming:
@drismailsalleh Tiktok shop #khairulaming #mada #maha @khairulaming ♬ original sound - Dr Ismail Salleh
Terdahulu, Khairul Aming mendapat perhatian ramai apabila dia menerima surat penghargaan rasmi daripada Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon susulan kandungan yang dihasilkan ketika berada di negara tersebut tempoh hari.

ARTIKEL BERKAITAN:“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Dendeng Nyet Berapi Tak Sedap, Ramai Back Up Khairul Aming - “Benda Ni Ikut Tekak Masing-Masing”

ARTIKEL BERKAITAN:Khairul Aming Speechless! 80,000 Pek Dendeng Sold Out Dalam 3.39 Minit, Kaut Lebih RM1.2 Juta

ARTIKEL BERKAITAN:Khairul Aming Bawa 100 Staf Staycation Hotel 5 Bintang Pulau Pinang - "Kita Tutup Kilang 5 Hari"

ARTIKEL BERKAITAN:Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Peminat Tumpang Bangga! - “Ini Baru Betul-Betul Influencer”

Sebelum ini, Khairul Aming berjaya menjual habis sebanyak 80,000 bungkus Dendeng Nyet Berapi yang dijual menerusi siaran langsung di aplikasi TikToknya dalam tempoh 3 minit 39 saat.
Malah, siaran langsung jualan Dendeng Nyet Berapi itu juga telah menerima sebanyak kira-kira 100 ribu tontonan dan 5 juta tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

15,000 Peserta Meriahkan Keretapi Sarong 2024, Tahun Depan Akan Lebih Gah

gempak
20/09/2024
15:55 MYT
Menurut Pengarah Program Keretapi Sarong 2024 (KS2024), Shamsul Bahrin Zainuzzaman sambutan yang diterima tahun ini sangat memberangsangkan sehingga ada pihak yang tidak sabar untuk menanti penganjuran seterusnya pada tahun hadapan.
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Hasilkan Video Masak Di NZ - “Kalau Pergi Sendiri & Untuk Melancong Tidaklah Semahal Itu”

gempak
04/09/2024
03:25 MYT
Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan untuk tiga orang sepanjang menhasilkan video masakan di New Zealand.