,
Laman Utama

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?

Gempak
18/05/2022
06:59 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal yang kini dipenjarakan di Sungai Buloh, Yasin Sulaiman, 47, meluahkan pandangan bahawa penggunaan kanabis tidak wajar dilihat sebagai satu jenayah di negara ini.
Menurut Yasin, dia benar-benar berharap agar kerajaan dapat mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Harap kerajaan Malaysia akan keluarkan kanabis daripada senarai narkotik sebagaimana yang dilakukan oleh WHO.
“Saya rasa tak wajar kita terus menjenayahkan kanabis kerana kanabis adalah untuk tujuan rawatan dan perubatan, bukan dadah senata-mata,”katanya.
Yasin berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, pada Rabu.
Selain itu, ditanya bagaimana keadaannya kini, Yasin dalam tersenyum menjawab ringkas dirinya sihat dan baik-baik sahaja.
“Saya sihat, Alhamdulillah. Semuanya bagus. Rawatan dah dapat . Terima kasih kepada katanya semua pihak yang menyokong terutama Syed Saddiq, Wardona Safiyyah, kumpulan Brothers, Nurul Izzah. Terima kasih semua.
Sementara itu, peguam mewakili Yasin, Mohd Yusmadi Mohd Yusuff berkata, anak huamnya memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa sahaja.
Justeru itu, pihak telah membuat permohonan agar Yasin diberikan rawatan pakar kerana penyakit yang dihidapi Yasin bukanlah penyakit biasa.
"Saya bercakap dengan Yassin, dia memberitahu dia hanya mendapat rawatan biasa dan kami meminta satu rawatan pakar.
"Dalam permohonan tersebut kami merujuk kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
"Apa yang dihidapi oleh Yasin ini bukanlah sakit biasa. Dan saya rasa sangat wajar perubatan yang sebaiknya diberikan.
Terdahulu, pada 31 Mac lalu Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman ,47, mengaku tidak bersalah menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis (ganja) yang diperolehi secara terus atau tidak langsung.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).
Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Sementara itu di Mahkamah Majistret bagi pertuduhan mengedar dadah jenis sama, Majistret Zhafran Rahim Hamzah turut menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes.
Mengikut pertuduhan, penyanyi Mimpi Laila itu didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Bagi pertuduhan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum 39B(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan mengedar dadah, pengakuan tidak direkodkan kerana kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.
Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.
Mahkamah menetapkan 22 Jun depan bagi sebutan semula kes.
Sumber: Oh!Bulan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.