,
Laman Utama

"Saya Sangat Optimis & Harapkan Belas Kasihan ..." - Yasin Sulaiman

Gempak
03/11/2022
10:35 MYT
Pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis bahawa, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah memperoleh representasi antaranya mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dikemukakan oleh penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman.
Bagaimanapun, ketika prosiding di hadapan Hakim Jamaludin Mat, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, keputusan representasi itu belum diterima dan masih dalam pertimbangan.
"Kami belum ada jawapan dan memohon tarikh sebutan baharu untuk keputusan representasi ini.
"Pihak-pihak bersetuju tarikh sebutan akan datang ditetapkan pada 15 Disember depan,” katanya.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein berkata, pembelaan sedia maklum bahawa AGC dan pendakwaan memerlukan masa untuk meneliti representasi sebelum membuat keputusan.
“Namun, kami harap keputusan itu dapat diputuskan pada tarikh akan datang dan kami cadangkan tempoh sebulan daripada sekarang,” katanya.
Mendengar permohonan itu, Jamaludin membenarkan prosiding ditangguhkan dan menetapkan keputusan representasi pada tarikh yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Dalam prosiding sebelum ini, pihak pendakwaan mengesahkan ada menerima representasi melibatkan dokumen-dokumen
Sementara itu, ketika ditemui di luar mahkamah, Muhammad Yasin yang memakai baju T berwarna putih berkata, dia menaruh harapan yang tinggi terhadap permohonan yang dikemukakan dan yakin dengan kebijaksanaan pendakwaan untuk membuat penelitian.
"Saya sangat optimis dan mengharapkan belas kasihan daripada pendakwaan," katanya ketika di luar mahkamah sambil diiringi pihak polis ke lokap mahkamah.
Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac 2023, yang mana seramai 10 saksi pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.
Pada 6 Julai lalu, Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, bernasib baik apabila tidak berdepan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac lalu dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu bagi satu lagi pertuduhan, Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Kredit / foto : SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.