Viral
"Saya Saman!" - Ditipu Kontraktor Baiki Spa, One Forteen Buat Laporan Polis
Anggota kumpulan Forteen, Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau One Forteen membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 7, Shah Alam kelmarin.
Dakwa One, dia dipercayai telah ditipu oleh kontraktor yang melakukan kerja ubahsuai spa miliknya, Muscleman Spa di Shah Alam.
"Selesai membuat laporan polis, hampir 3 jam di balai membuat laporan polis.
"Selama hampir setahun saya sabar. Kita tengok sejauh mana janji-janji palsu yang diberikan dapat bertahan! Kita tengok lepas ini...
"Sebelum saya bongkarkan semua janji-janji palsu bersama bukti-bukti dan saya bongkarkan semua info berkenaan syarikat ‘A’. Saya saman!" tulis One di Instagramnya.
Menurut laporan Harian Metro, One dan rakan kongsi telah berbincang dengan pihak kontraktor terbabit namun gagal melakukan tugas sepatutnya.
Lebih teruk, kontraktor terbabit mula mengancam untuk melakukan perkara 'buruk' terhadap spa miliknya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Harian Metro, Instagram
Foto: @oneforteen
Must-Watch Video