,
Laman Utama

"Saya Risau Abah Saya, Air Naik Sikit Tapi ..." - Rumah Di Kampung Zizan Razak Banjir, Titip Doa Mangsa Bah Terengganu

Maliah Surip
01/03/2022
07:50 MYT
Salah seorang pelaku seni kelahiran Terengganu, Zizan Razak mengaku sedih selepas mengetahui berita negeri dan banyak kawasan di kampung halamannya terjejas teruk akibat banjir.
Zizan sewaktu dihubungi Gempak turut melahirkan kebimbangan apabila mendapat khabar kawasan kediaman ayahnya turut dinaiki air.
“Saya pun risau tentang abah saya, tapi Alhamdulillah kawasannya dinaiki sedikit air tetapi tidak masuk ke dalam rumah,” ujarnya menerusi kiriman suara.
Mengikuti rapat perkembangan banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan, Zizan bagaimanapun memaklumkan belum dapat menghulurkan bantuan secara bersemuka kerana kekangan pekerjaan.
Dia yang baru memulakan penggambaran naskhah Rompak mengatakan sangat berbesar hati jika berpeluang ‘turun padang’ sekiranya punya kelapangan.
“Niat dihati mahu turun menghulurkan bantuan jika berkesempatan, sayangnya saya baru memulakan penggambaran.
“Tapi saya sangat berbesar hati kalau ada kelapangan untuk sama sama membantu mangsa banjir.
“Cuma buat masa ini, apa yang dapat saya lakukan adalah memberi kesedaran dan membantu repost kebanyakan perkembangan atau bantuan yang diperlukan sepanjang musibah ini terjadi,” katanya.
Pelakon ini juga berharap agar semua pihak dapat menjalankan misi menyelamat dengan baik.
“Diharap pihak kerajaan atau NGO dapat menjalankan misi bantuan dengan baik dan mampu menyelamatkan atau bakal menyelamatkan seramai mangsa yang boleh,” ujarnya lagi.
Zizan kemudian menitipkan doa buat seluruh mangsa banjir di Pantai Timur.
“Untuk mangsa banjir di Terengganu atau di Pantai Timur, semoga kuat menghadapi bencana ini. Kita tidak inginkan, tapi berlaku atas izin Allah.
“Saya menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia berdoa untuk semua mangsa banjir berjaya diselamatkan dan cepat pulih seperti sedia kala,” katanya menutup bicara.
Sementara itu, BERNAMA melaporkan keadaan banjir di Terengganu hari ini semakin buruk, manakala jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan penurunan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.