HIBURAN
“Saya Pernah Terberak Atas Pentas Di China, Tiada Siapa Tahu Kecuali...” - Jessie J
Penyanyi antarabangsa popular, Jessie J, mengakui pernah berdepan detik paling memalukan dalam karier nyanyiannya apabila dia ‘terberak’ di atas pentas semasa membuat persembahan di China.
Kisah itu dikongsikan menerusi temu bual di saluran YouTube Songs You Know with Toby Gad, apabila hos bertanya tentang insiden paling memalukan yang pernah dialaminya.
Menurut pelantun lagu Bang Bang itu, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang menyanyikan lagu berkenaan.
“Saya sebenarnya suka momen memalukan. Tapi saya akan jujur, saya pernah terberak atas pentas di China, tapi tiada siapa tahu,” katanya sambil ketawa.
Malah, Jessie juga memaklumkan bahawa ketika kejadian dia mengalami masalah perut yang serius, namun tetap meneruskan persembahan di hadapan penonton.
“Krew saya tahu. Saya sakit perut sangat teruk masa tu. Kalau anda hadir konsert tu dan rasa macam ‘eh, Jessie lain macam sikit malam ni’, ya… memang betul pun.
“Nasib baik saya pakai pakaian penuh satu badan. Kalau saya pakai leotard, memang habislah saya hari tu,” selorohnya.
Meskipun hari tersebut antara yang paling mencabar dalam hidupnya, penyanyi berusia 36 tahun itu menganggap ia sebagai kenangan lucu dalam hidupnya.
“Ya, memang hari yang sangat mencabar. Tapi itulah kehidupan… tak semua benda kita boleh kawal,” tambah Jessie.
Must-Watch Video