Laman Utama
“Saya Pernah Diludah” - Tak Sangka, Dalam Menghiburkan ‘Bespren’ Di TikTok, Yazmin Aziz Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah
Wajahnya yang bersahaja dan telatahnya yang lucu membuatkan ramai yang senang terhadap kandungan yang dikongsikan di TikTok. Mungkin disebabkan hal itu nama Yazmin Aziz makin dikenali dalam kalangan orang ramai.
Begitupun, di sebalik keceriaan wajahnya, tersimpan kisah duka yang mungkin tidak ramai tahu. Gadis kacukan Melayu dan Filipina itu pernah menjadi mangsa buli di sekolahnya suatu ketika dahulu.
“Kalau nak tahu, dulu saya pernah jadi mangsa buli. Maklumlah, ketika itu saya baru berpindah ke Malaysia dan tidak fasih berbahasa Melayu. Banyak hal yang berlaku kepada saya seperti diludah, disepak dan ditendang. Begitupun, saya tidak mahu jadikan hal-hal itu sebagai penyebab untuk saya bersedih.
“Tidak mahu terus ada rasa negatif, saya jadikan kelemahan dan kurang fasih bertutur Bahasa Melayu sebagai bahan jenaka. Apabila orang terasa lucu atau ingin ketawa, kita jangan ambil serius perkara itu, malah turut gelak bersama,” katanya kepada Gempak.
Dalam masa yang sama, pertemuannya dengan Mark Adam yang dianggap sebagai Kuya (abang) turut memberi perspektif baharu dalam hidupnya.
“Selepas bertemu dengan Kuya Mark yang turut berasal dari Filipina, saya sedar yang saya perlu sentiasa positif dan tidak mahu terus berada menghiraukan hal-hal yang remeh,” katanya lagi.
Yazmin ditemui di majlis sidang media Big Stage 2022 yang bertempat di Auditorium, Bangsar South City, di ibu kota baru-baru ini.
Selebriti TikTok itu turut tersenarai sebagai salah seorang peserta program yang bakal bersiaran bermula 6 Februari depan di Pusat Konvensyen, Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi saluran Astro Ria (104).
Menyentuh mengenai pesaing-pesaingnya yang rata-rata berpengalaman dalam bidang nyanyian, Yasmin berkata, dia melihat hal itu sebagai satu cabaran.
Selain itu, dia berharap agar penyertaannya dalam Big Stage 2022 dapat memberikan pelajaran baharu khususnya dalam industri muzik.
Selain Yazmin, peserta lain yang terlibat termasuklah Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa, Tuah Adzmi, Syafiq Abdilah (Brunei) dan Tegar Septian (Indonesia).
***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini
Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend
Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.
Must-Watch Video