,
Viral

"Saya Pernah Berhenti Belajar Kerana Masalah Kewangan, Keluarga Sangat Susah" - Ezzah Nellysa

Amri Hassan
16/03/2024
04:31 MYT
Usahawan Ainaa Paling Popular, Ezzah Nellysa, enggan menoleh ke belakang dan optimis untuk terus memacu kehidupannya bersama usahawan Ainaa Beauty di bawahnya.
Jelas anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu, kesusahan yang pernah dilaluinya menjadi pembakar semangat untuk berjaya!
"Kalau boleh saya tak nak ingat balik kesusahan yang pernah saya lalui suatu ketika dahulu tapi saya bersyukur, pengalaman itu yang menjadikan diri saya sekarang.
"Dulu, saya pernah alami keadaan yang mana saya berada di bawah, tak ada duit, bagaimana orang berduit layan kami orang susah. Banyak yang pahit untuk diingat semula, tapi itu membuatkan saya kenal manusia bila berduit di macam mana.
"Situasi saya sekarang menjadikan saya tak nak jadi orang begitu. Kalau berduit, nampak orang susah, kita jangan jadi orang yang kejam... pengalaman itu membuatkan saya nak mengangkat orang susah ni. Kalau dulu masa susah ramai yang lari, hilangkan diri, menilai. Kita susah, tapi sendirian," katanya.

Berhenti sekolah

Tambah Ezzah, pencapaian terbaik yang dilakarnya apabila melihat wajah kedua-dua orang tuanya melihat Kaabah di hadapan mata ketika dibawa menunaikan umrah.
"Pencapaian paling hebat apabila saya dapat bawa mama dan papa tengok Kaabah, momen itu Allah jemput asbab saya bersama Ainaa Beauty.
"Saya dahulunya berhenti belajar dan memandangkan saya anak pertama, sayalah harapan keluarga. Saya terpaksa berhenti sebab waktu tu masalah kewangan, sangat susah.
"Alhamdulillah, Allah izinkan untuk saya berkongsi dengan mama dan papa. Tengok reaksi mereka itulah pencapaian terbaik sebagai seorang anak dan usahawan.
"Tujuh tahun lalu, saya merupakan seorang surirumah yang baru habis pantang, tak ada income pun waktu tu, saya bermula daripada titik itu.
"Kalau dulu saya hanya bekerja dengan suami, sekarang saya boleh sediakan pejabat selesa untuk usahawan belajar dan sudah ada kakitangan sendiri," tambahnya.

Tiada masa untuk anak

Selain itu, akui Ezzah, menjadi ibu pada masa sama bergelar usahawan mengehadkan waktunya bersama keluarga terutama anak-anaknya.
"Cabaran terbesar sebagai ibu apabila terpaksa korbankan masa bersama anak-anak.
"Banyak momen-momen penting mereka yang saya tak dapat hadir misalnya hari jadi pertama anak ketiga saya dan konvokesyen anak sulung saya yang berusia enam tahun.
"Tapi saya bukan nak merungut, cuma saya nak semua tahu setiap kejayaan perlukan pengorbanan," tegasnya.
Sebelum ini, AINAA Super Seven Awards telah menobatkan Ezzah Nellysa sebagai Usahawan AINAA Paling Popular sekali gus membawa pulang trofi kemenangan kategori utama.
Selain dari trofi, Ezzah juga turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 serta sebuah Perodua Axia bernilai RM40,000 dan pakej mengerjakan umrah untuk 2 orang bernilai RM20,000 sebagai insentif dari AINAA kerana telah berjaya mencapai hasil jualan tinggi pada tahun 2023.
Selama 7 tahun menjana 100% pendapatan bersama AINAA, Ezzah dan pasukannya telah berjaya menguasai pasaran di Johor Bahru dan beberapa kawasan lagi di Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.