,
Laman Utama

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok

Izwan Isa
27/06/2022
08:17 MYT
“Saya pendam lebih dari 10 tahun. Saya cuba untuk perbaiki, tetapi kalau sudah tiada keserasian, tak guna juga,” Nikki Palikat mengulas mengenai berita perceraiannya bersama komposer dan produser popular, Audi Mok yang diberitakan oleh media hujung minggu lalu.
Sepanjang 13 tahun bersama, Nikki mendedahkan yang dirinya sering memendam perasaan selama mendirikan rumah tangga bersama bekas suami.
Sebaliknya, sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Liam, 12, hubungan mereka baik-baik sahaja.
“Saya berkahwin pada usia muda dan mungkin ketika itu saya tidak mengenali diri sendiri. Dan selepas banyak percanggahan berlaku, saya tahu kami tiada keserasian.
“Sebagai isteri, sudah tentu (tidak bahagia). Tetapi, walaupun tidak bahagia sebagai isteri, hubungan kami sentiasa rapat sebagai kawan. Ketika saya sakit ketika menyertai Gegar Vaganza, dia datang ke hospital melawat saya dan membawakan makanan yang dimasak sendiri.
“Walaupun kami tidak lagi bersama, dia tetap menyokong saya dan selalu ada untuk saya. Di situ saya tahu, kami boleh teruskan hubungan sebagai bekas pasangan suami isteri,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, ditanya mengenai punca sebenar perceraian, Audi yang turut hadir berkata, ia mungkin disebabkan kesibukan kerja.
“Ya, saya rasa mungkin kerana kesibukan kerja. Sebenarnya ketika itu pandemik baru bermula, jadi disebabkan situasi kerja, saya sangat sibuk.
“Tetapi, bagi saya, walaupun perkahwinan saya terputus di tengah jalan, saya tetap bersyukur dan merasakan perkahwinan ini sebagai satu rahmat,” katanya.
Nikki dan Audi turut memberitahu bahawa mereka memutuskan untuk berpisah pada awal 2021.
Disoal pula adakah lagu Sudah yang dirakam baru-baru ini ada kena mengena dengan kisah hidupnya sebagai bekas isteri Audi, Nikki berkata: “Lagu itu sebenarnya dicipta untuk arwah Sarah.
“Namun, melihat pada lirik lagu berkenaan, ia sangat relatable,” tutup Nikki.
Pasangan tersebut mengumumkan perceraian mereka secara rasmi pada hari ini, 27 Jun, di pejabat Indigital Music sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13.
Nikki dan Audi mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 di sebuah gereja di Petaling Jaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Liam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!

gempak
24/04/2024
03:38 MYT
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Hiburan

Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!

gempak
18/04/2024
04:02 MYT
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.
Hiburan

Giliran Nikki Palikat Masuk DFP, Bakal Nyanyikan Lagu-Lagu Cinta Dari Broadway Bersama Sean Ghazi, Ida Mariana & MPO

gempak
03/02/2024
12:24 MYT
Raikan cinta bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philarmonic Orchestra, MPO) dalam sebuah konsert istimewa pada Sabtu, 17 Februari 2024 jam 8.30 malam di  Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Laman Utama

Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi

gempak
04/12/2023
08:55 MYT
Patutlah cantik bajunya
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza (GV10): Penangan Slide Atas Pentas, Kaki Nikki Palikat Lebam! - “Rasa Sakit, Tapi Redah Sahajalah”

gempak
04/12/2023
02:25 MYT
Salute dengan Nikki!