,
Hiburan

“Saya Pakai Singlet, Bukannya Tak Berbaju” – Dayana Roza Jelas Isu Seksi

Azwa Rahman
21/08/2019
11:14 MYT
Pelakon Dayana Roza meminta netizen untuk tidak segera menghakimi foto terbaru di Instagramnya yang dilabel sebagai terlalu seksi.
Memetik laporan HLive, foto tersebut seakan-akan Dayana tidak berbaju dan sedang mempromosikan iklan jenama sabun kecantikan.
“Nampak je macam tak berbaju tapi saya memakai singlet. Gambar tersebut daripada shot atas jadi nampak macam saya tak berbaju.
“Itu adalah konsep yang kami semua pilih. Kami ada pasukan dan mereka semua dah berbincang jadi itu adalah konsep yang telah dipersetujui.
“Kami tahu batas, tahu apa yang kami buat dan ia bukanlah keterlaluan”, jelas Dayana lagi.
Malah menurutnya, kalau perkara ini dilihat daripada sudut positif, ia tidak akan menjadi isu.
Tujuannya memuat naik foto tersebut hanyalah untuk tujuan perniagaan dan mencari rezeki.
Malah, Dayana turut memohon maaf jika foto tersebut ada menyinggung hati mana-mana pihak.
“Saya minta maaf kalau foto tersebut sensitif. Mungkin ada setengah pihak yang faham dan ada juga yang tak boleh nak terima. Saya hormat keputusan masing-masing.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.