,
Hiburan

"Saya Pakai Cantik-Cantik Masuk Perdana Foundation Nak Jumpa Tun Siti Hasmah Tapi ..." - Mei Fen

Amri Hassan
18/07/2018
09:15 MYT
Penerbit dan pelakon teater Tanah Akhirku, Mei Fen Lim mendedahkan dia tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan persetujuan Tun Siti Hasmah untuk menjadi penaung naskhah sulung terbitannya.
Kata Mei Fen, dia menulis surat untuk isteri Perdana Menteri itu dan ingin menyerahkan sendiri kepada beliau namun dihalang daripada memasuki kawasan Perdana Foundation.
"Saya tulis surat untuk Tun Siti, pakai cantik-cantik dan terus menuju ke Perdana Foundation tapi tak dapat masuk pun.
"Kemudian, saya cakap baik-baik dan merayu kepada pengawal keselamatan meminta jasa baik mereka untuk menyerahkan surat itu kepada Tun Siti.
"Tak disangka-sangka pula sehari selepas itu saya mendapat kata putus daripada pihak Tun Siti yang bersetuju menjadi penaung teater Tanah Akhirku," katanya kepada Gempak.
Lebih menggembirakan apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Siti sendiri bakal menonton teater pada 28 Ogos nanti.
Persetujuan Tun Siti itu menyuntik semangat buat Mei Fen dan produksi Tanah Akhirku untuk memberikan yang terbaik pada pementasan yang bermula 28 Ogos hingga 2 September nanti.
Tanah Akhirku yang akan dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya itu turut dibintangi Izzue Islam, Erma Fatima dan Nina Nadira.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @meifenlim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Konsert Percuma Di YouTube MPO Bermula 31 Ogos, Ada Tun Siti Hasmah, Aishah, Datuk Syafinaz & ...

gempak
30/08/2021
13:38 MYT
Ramai tokoh hebat akan muncul dalam konsert ini!
Laman Utama

Tun Siti Hasmah Telefon Shuib Sampaikan Ucapan Takziah - “Semua Orang Merasa Kehilangan Siti Sarah”

gempak
12/08/2021
03:39 MYT
Pemergian yang dirasai.
Laman Utama

“Bukan Sebab Isteri Bekas PM, Saya Ambil Vaksin Sebab...” - Tun Dr Siti Hasmah

gempak
10/03/2021
01:21 MYT
Semoga Tun sihat dan bebas covid!
Berita

Siti Nurhaliza Tulis Sajak Buat Tun Mahathir & Siti Hasmah

gempak
02/03/2020
03:33 MYT
Hiburan

"Saya Berdepan Cabaran Besar Hidupkan Watak Tun Siti Hasmah" - Fauziah Latiff

gempak
06/02/2020
12:58 MYT