Laman Utama
"Saya Orang Korea, Kami Makan Daging Khinzir" - Maryam Younarae
Pasangan Instafamous Malaysia-Korea, Ryzal dan Maryam Younarae sering mendapat perhatian netizen menerusi keletah dan gurauan bersahaja mereka di media sosial.
Ramai yang terhibur dengan cara hidup mereka apabila dua budaya bertembung namun ada juga yang kurang selesa.
Tampil menjawab komen-komen nakal netizen menerusi segmen Lancaang Bethol, kata Maryam, dia mengakui dirinya masih lagi belajar menjadi Islam yang sempurna sama seperti proses berhijab.
"Ramai orang tanya mengenai hijab saya, sekejap pakai sekejap buka. Tapi semua tahu saya mualaf, saya tak biasa pakai tudung.
"Memang ia wajib dalam Islam, saya tahu tetapi saya perlu belajar tentang Islam bukan hanya dengan bertudung, saya perlu mengubah semua benda dalam hidup saya.
"Misalnya, sebagai orang Korea, kami sentiasa makan daging khinzir. Semua makanan Korea ada daging khinzir tapi saya perlu berhenti dan tak boleh makan daging khinzir lagi.
"Ibaratnya setiap hari kamu makan ayam, tiba-tiba kamu sudah tak boleh makan ayam lagi. Macam mana? Sangat susah. Biarkan saya belajar satu persatu. Manusia tidak sempurna," kata Maryam.
Bagi suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim pula, dia tidak memaksa Maryam untuk berubah 360 darjah hanya kerana mengahwininya.
"Saya tak kisah dia nak pakai atau tidak sebab saya tak suka memaksa. Itu bukan saya dan dia takkan kahwin dengan saya.
"Sebab bila mualaf bila nak tekankan dia, kita tak boleh paksa," kata Ryzal.
Untuk kisah lebih lanjut tonton segmen Lancaang Bethol di YouTube dan platform digital Gempak!
Must-Watch Video