,
Hiburan

"Saya Nampak Kiamat" - Mawi Kongsi Fasa Dibenci, Terima Pelbagai Surat Dari 'Haters'

Muhammad Firdaus
12/06/2024
06:55 MYT
Penyanyi yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu, Mawi, berkongsi cerita kejatuhan kariernya di mana dirinya berdepan dengan pelbagai cabaran dan cemuhan daripada orang ramai.

Terima Surat Dari Haters

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 42, mendedahkan dirinya menerima surat melontarkan kata-kata nista terhadapnya.

BERITA TRENDING: Mawi Kongsi Momen Ketika Menjadi Fenomena Satu Malaysia - “Ada 40 Orang Bodyguard..”

"Saya diberi dua pengalaman berbeza. Tahun 2005 tu saya diberi kemasyuran, dan kemudian ditukar kepada kebencian.
"Saya merasa dua fasa tu, apa yang saya belajar dekat sini adalah cara penerimaan kita terhadap perkara itu.

BERITA TRENDING:"Kulit Ustaz Kazim Keluar Darah" - Mawi Dedah Kisah Mistik Penggambaran Zim Zim Ala Kazim

"Saya terima surat berguni-guni daripada peminat. Tapi bila dah zaman kejatuhan saya terima juga surat tapi isinya dah lain.
"Banyak sudut sebab orang benci saya, kadang-kadang sebab kecil contoh macam jumpa tak dapat bergambar, sebab saya tak senyum, itu pun jadi faktor," katanya.

"Saya nampak kiamat...

Mawi ketika ditemui di Malam Gala Filem Zim Zim Ala Kazim yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Petaing Jaya dalam pada itu menceritakan dirinya pernah mengalami pelbagai peristiwa pelik ketika berada di dalam fasa 'dibenci' tersebut.

BERITA TRENDING:Suhaimi Saad Meninggal Dunia, Mawi Doakan Ina Naim Tabah - "Alhamdulillah Kalau Ramai Bercerita Kebaikan Kita"

"Salah satu benda yang saya tak boleh lupa adalah pengalaman rasa macam roh saya keluar. Rasa kulit saya tersiat-siat.
"Saya nampak kiamat, tapi saya tak berani cakap orang 'buat' sebab saya tak ada bukti dan ada seorang pak cik yang merawat saya.
"Rawatan tu dalam dua tiga hari disebabkan itu saya selalu datang rumah dia. Saya ada juga fasa di mana saya gila sekitar tahun 2011.
"Isteri saya yang jaga saya ketika itu. Perkara itu melekat dalam kepala saya, saya memang nampak kiamat masa tu," ujarnya.

BERITA TRENDING:Ada Individu Guna Gambar Fauziah Nawi Kutuk Mawi, Ekin Di Platform X - "Saya Dah..."

Sekadar info, Mawi pernah merangkul Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut bagi edisi 2006 dan 2007.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.