,
Laman Utama

“Saya Nak Jumpa Tuhan”- Ini Yang Diberitahu Bapa Pada Isteri Sebelum Campak 3 Anak Dari Jejambat

Awani
03/08/2022
23:49 MYT
"Saya nak jumpa tuhan,” kata seorang lelaki warga Myanmar kepada isterinya menerusi perbualan telefon sebelum bertindak mencampak tiga anaknya dari Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, perkara itu didedahkan isteri lelaki itu yang juga rakyat Myanmar dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ketika diambil keterangan.
Beliau memberitahu, dalam keterangannya, wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, suaminya mengalami masalah mental sejak setahun yang lalu, selepas menghidap COVID-19.
Menurutnya lagi, lelaki yang tidak bekerja dan hanya menjaga tiga anak mereka di rumah itu sering termenung dan bercakap bersendirian.
"Berdasarkan keterangan, wanita yang bekerja sebagai pembantu restoran itu memaklumkan dia mendapati suami dan tiga anaknya tiada di rumah ketika dia pulang bekerja kira-kira pukul 10 malam, Isnin.
"Wanita itu cuba menghubungi suaminya beberapa kali namun gagal sehingga lelaki itu menghubungi kira-kira pukul 5 pagi hari kejadian dan memaklumkan dia (lelaki itu) ingin berjumpa Tuhan sebelum mematikan telefon pintarnya," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Rabu.
Eng Lai menambah, wanita itu pernah membawa suaminya ke klinik swasta untuk mendapat rawatan susulan penyakitnya itu namun tidak menunjukkan sebarang perubahan positif.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, seorang lagi anak perempuan berusia lapan tahun yang terselamat dalam kejadian itu masih lagi mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Selayang, di sini dan keadaannya dilaporkan kritikal.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, seorang warga asing dipercayai Myanmar mencampak tiga anaknya dari MRR2 di Kepong sehingga menyebabkan dua daripada kanak-kanak itu terbunuh manakala seorang cedera parah.
Lelaki itu turut maut selepas terjatuh dari lokasi yang sama, dipercayai pada ketinggian kira-kira 20 meter.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.