BERITA
“Saya Nak Anak Secepat Mungkin”- Usia Bukan Penghalang A. Aida Hamil
Produser Datuk A. Aida mengimpikan zuriat bersama suami keempatnya, Ariff Aziz, 29.
A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 47, berkata mereka merancang untuk menimang cahaya mata secepat mungkin.
“Perancangan anak, sudah tentu kami mahukannya secepat mungkin.
“InsyaAllah jika dimurahkan rezeki kami mahu menimang cahaya mata bersama.
“Memandagkan kami sama-sama sukakan bayi dan kanak-kanak, jadi tak perlu dilengahkan lagi,” katanya kepada Astro Gempak.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 22 Julai lalu dengan dua kali lafaz.
Mengenai perancangan berbulan madu, A. Aida berkata, mereka mahu bercuti ke Australia pada Ogos ini.
"Sebenarnya kami hendak pergi ke tempat cuaca sejuk dan setakat ini Australia paling sesuai.
“Selain itu, Insya-Allah pada Disember kami akan mengerjakan Umrah bersama pula," katanya lagi.
Aida pernah melalui tiga alam perkahwinan sebelum ini termasuklah dengan Ameng (Spring) dan dikurniakan tiga orang anak melalui dua perkahwinan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video