,
Laman Utama

"Saya Minta Maaf...Food Bank Tak Sesuai Untuk..." - Iesya Toh Lebih Yakin Turun Padang Hulur Sumbangan

Asraf Aided
12/07/2021
07:05 MYT
Pengacara Iesya Toh merasakan turun padang menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan ketika pandemik COVID-19 ini adalah satu cara yang berkesan.
Menurut Iesya, ianya lebih menjamin sumbangan sampai kepada orang yang betul berbanding dengan hanya meletakkan makanan di 'food bank' sahaja.
Kata Iesya, terdapat ramai golongan yang mementingkan diri sendiri dan mengambil makanan berlebihan di 'food bank' yang disediakan.
"Bila kita sendiri turun padang, memang cara ini berkesan kerana kita tahu bantuan sampai pada orang yang betul.
"Ianya lain dengan food bank, saya baru lihat ada orang ambil makanan di food bank dalam kuantiti yang sangat banyak, dalam keadaan sekarang ni sebenarnya ramai yang pentingkan diri sendiri, ambil banyak makanan untuk buat stok sampai licin food bank," katanya menerusi sebuah video di Instagram.
Justeru, Iesya merasakan 'food bank' agak kurang bersesuaian untuk disediakan di Malaysia.
"Saya minta maaf, tapi saya rasa food bank tak sesuai untuk rakyat negara kita, sebab kita ini kurang integriti, kurang rasa amanah dan jujur untuk diri sendiri.
"Kadang-kadang kita lupa, dalam setiap rezeki kita itu ada rezeki orang lain, jadi kenalah jujur," katanya.
Dalam pada itu, Iesya yang aktif memberikan sumbangan ketika detik sukar ini memohon jasa baik mereka yang terlibat untuk tidak berkongsi foto menerima sumbangan daripadanya di media sosial.
Menurutnya, dia memerlukan privasi dan betul-betul ikhlas menghulurkan bantuan.
"Saya mohon privasi, tolong hormati privasi saya, saya faham bila kita turun padang ada yang ambil gambar.
"Saya mohon untuk anda tidak berkongsinya di media sosial dan jangan tag saya, kerana saya ikhlas memberi bantuan.
"Bantuan yang saya berikan bukan sebab saya nak jadi YB, bukan juga sebab saya nak bertanding, dan bukan sebab nak dapat pujian," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Empat Kali Diserang Strok, Sheqal Sebak Terima Bantuan - "Saya Sedih, Dulu Kita Tolong orang, Sekarang Orang Bantu Kita Pula"

gempak
24/11/2024
01:55 MYT
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin, atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
Hiburan

Inayah Beauty Hulur RM500,000 Bantu 2,500 Keluarga Di Gaza! - "Kami Bercita-Cita Jadikan Kutipan Ini Acara Tahunan"

gempak
20/10/2024
15:15 MYT
Buat julung kalinya, Inayah Beauty telah membuat langkah besar dengan membantu keluarga di Gaza, Palestin, melalui sumbangan RM500,000 kepada Yayasan Nurjiwa.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

“Semoga Kita Sihat Supaya Mampu Berdikari, Tak Perlu Bantuan Orang Lain Untuk Beli Hermes” - Fiza Frizzy

gempak
09/10/2024
09:55 MYT
Pengacara, Fiza Frizzy tampil memberikan komennya mengenai isu yang didakwa sedang panas di media sosial.
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Unitar