,
Laman Utama

"Saya Minat Kak Ani Dari Kecil" - Hazama Terharu Dilamar Duet Lagu Baharu Noraniza Idris Penawar Kita

Amri Hassan
03/11/2023
11:30 MYT
Ratu pop etnik Malaysia, Noraniza Idris tampil dengan single terbaharu berjudul Penawar Kita, bergandingan dengan penyanyi Hazama.
Lagu ciptaan Luca Sickta dan lirik oleh Kmy Kmo itu menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan warna nyanyian Noraniza Idris dan Hazama.

PILIHAN PEMBACA: Kak Ani Lakar Sejarah Malaysia Book Of Records, Persembahan Tarian Tradisional Disertai Penari...

Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.
"Saya rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda Irama Malaysia, Noraniza Idris.
"Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi.
"Projek ini merupakan kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini, tidak mungkin berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre rock," katanya.
Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati. Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia.
"Setelah siap rangka susunan muzik, saya cadangkan agar lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vokal saya.
"Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program melibatkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet. Usulan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama. Bermulalah rakaman single ini.
"Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M.Nasir. Saya sangat berbesar hati dapat khidmat nasihat daripada beliau yang dihormati dalam industri muzik hingga kini," kata Kak Ani.

BERITA TRENDING: "Suara Sedap Ke Tak, Semua Bergantung Pada ..." - Nasihat Kak Ani Buat Finalis GV9

BERITA TRENDING: PRU, Datuk Ramli MS Antara Punca Konsert Malai Solo Noraniza Idris Ditangguhkan? Kmy Kmo menambah;"Apabila zaman berganti zaman kita semua memerlukan udara-udara baik dan harmoni, menekankan keperluan berkekalan untuk bersatu dan harmoni dalam kehidupan kita."
Penawar Kita kini boleh didapati di semua platform muzik utama, seperti Spotify , Apple Music, Itunes dan juga Muzik Video akan mula ditayangkan di saluran Luncai Emas mulai 10 November 2023.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Artis

”Lagu Zaman Sekarang Kosong & Tiada Jiwa, Tak Macam Lagu…” Rahmat Mega

gempak
06/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi, Rahmat Mega berpendapat kebanyakkan lagu pada masa kini bagaikan tidak mempunyai jiwa dan ‘rasa’.