,
Berita

“Saya Masih Terus Menangis…”- Bayi Dipantau 6 Doktor Di NICU, Oki Setiana Dewi Sedih

Syafiqah Jalal
19/11/2020
05:20 MYT
Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi akui terlalu sedih memikirkan bayinya masih belum sembuh dan berada di NICU (Unit Rawatan Intensif Neonatal) sejak dilahirkan pada Isnin.
Menurut Oki puteranya yang diberi nama Sulaiman kini dipantau oleh enam orang doktor kerana mengalami masalah pernafasan.
“Saya dan Sulaiman masih di sini. Masalah pernafahannya sudah membaik, namun ternyata harus ada pemeriksaan lanjutan..
“Semalam doktor beritahu Sulaiman harus dipantau oleh 6 doktor. Hingga hari ini saya selalu berdebar saat doktor mengumumkan hasil pemeriksaannya.
“Walaupun tak ingin menangis, ternyata saya masih terus menangis sementara suami menenangkan dan berkata, “Sebelum ini Allah sudah memberikan begitu banyak kebahagiaan.. kita jalani ujian Allah ini,” katanya.
Oki berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
BACA: Oki Setiana Dewi Selamat Bersalin Secara Pembedahan, Bayi Di NICU
Menerusi entri tersebut dia berkongsi gambar tangan anaknya yang digenggam ketika melawat di NICU.
Oki turut berterima kasih kepada yang mendoakan serta memberi sokongan moral kepadanya.
“Tak lupa saya ucapkan terimakasih, pada banyak sahabat yang berkongsi cerita. Begitu banyak cerita yang dilalui dengan begitu sabar dan kuat.
“Terima kasih telah ‘menemani’ saya dengan sokongan dan cerita-ceritanya. Mohon terus doakan Sulaiman ya,” katanya lagi.
Oki melahirkan Sulaiman dengan berat 2.7 kilogram (kg) pada Isnin lalu secara pembedahann.
Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013 dan mempunyai tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Unitar