,
Hiburan

“Saya Masih Belum Boleh Berhenti Menangis” - Azlee Akui Terkesan Dengan Kehilangan Hamdan

Izwan Isa
05/01/2024
06:59 MYT

Anggota Senario, Azlee Jaafar mengakui berasa kehilangan ke atas pemergiaan sahabatnya, Hamdan Ramli tengah hari tadi. Azlee ketika di hubungi Gempak berkata, Hamdan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sedang sakit, sehinggalah dia pengsan ketika sedang mengadakan sesi raptai di sebuah acara pada 30 Disember lalu.

“Pada waktu itu, kami berasa seronok sangat sebab anggota Senario lain pun ada. Maklumlah, lama tak jumpa, dapat bersama dalam satu acara memang saya rasa gembira. Tetapi, tiba-tiba dia collapsed ketika raptai dan terus dihantar ke hospital. Di sana, dia ditidurkan.

“Sehinggalah doktor memberitahu yang jantungnya makin lemah, dan apa yang kami harapkan hanyalah keajaiban. Namun, Allah lebih menyayangi arwah. Sehingga kini, saya masih belum boleh menghadam berita pemergiaan arwah,” katanya.

Menurut Hamdan, jenazah arwah akan diuruskan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sebelum dibawa ke Ipoh, Perak.

“Arwah meninggal pada hari yang mulia, hari Jumaat. Jadi, saya ada menghubungi saudara saya yang membuat khidmat van jenazah secara percuma. Jadi, van tersebut akan pergi ke HSA terlebih dahulu dan membawa jenazah ke Ipoh.

“Insya-Allah, urusan di HSA akan selesai sekitar 3 petang dan dijangka sampai ke Ipoh pada 8 malam. Bekenaan dengan urusan pengkebumian pada hari ini atau esok, itu belum pasti lagi. Saya akan bertolak ke Ipoh sebentar lagi,” kongsi Azlee.

Dalam pada itu, Azlee menyifatkan Hamdan sebagai seorang adik dan sebagai anggota yang paling tua, dia masih belum dapat menerima kenyataan bahawa Hamdan telah tiada.

“Saya sangat terasa kehilangan dia. Maklumlah, setiap kali buat persembahan, arwah merupakan sparring partner saya.

“Jujur… sehingga kini, saya masih belum boleh berhenti menangis, mengenangkan arwah. Namun, Allah lebih sayang arwah dan dia dipanggil pulang pada hari yang mulia iaitu hari Jumaat,” tutup Azlee.

Terdahulu, Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah Johor (HSA) akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah merupakan anggota kumpulan Senario yang turut dianggoi oleh Azlee, Wahid, Ilya, Saiful Apek dan Yasin.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
03/09/2024
02:25 MYT
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.
Berita

Korban Tanah Runtuh Di Phuket Kini 13 Orang, Termasuk Pasangan Warga Rusia

gempak
26/08/2024
01:25 MYT
13 orang termasuk pasangan Rusia maut dalam tanah runtuh beserta banjir lumpur di pulau peranginan Thailand, Phuket, kata pihak berkuasa pada Ahad, selepas menghentikan pencarian orang hilang.