,
Laman Utama

“Saya Jadi Ibu Happening & Classy!”- Ning Baizura Tak Kisah Bawa Watak Mak Kepada Anak Dah Dewasa

Syafiqah Jalal
08/04/2022
08:47 MYT
Penyanyi dan pelakon, Ning Baizura akui tidak kisah apabila ditawarkan untuk melakonkan watak seorang ibu diusianya kini sudah mencecah 46 tahun.
Kata Ning, sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke satu tahap karakter yang lebih matang dan memberi laluan kepada pelakon muda lain.
“Sampai bila saya hendak melakonkan watak muda, memandangkan tahun ini saya juga sudah berusia 46 tahun.
"Bagi saya, ini adalah kitaran hidup…sudah tiba masanya saya bawa watak ibu mengikut kesesuain watak yang diberikan.
“Kini giliran pelapis dan golongan yang lebih muda pula untuk membawakan karakter yang pernah saya bawak sebelum ini,” katanya kepada gempak.
Ning ditemui ketika majlis pra-tonton drama bersiri premium KUASA, baru-baru ini.
Drama yang bakal menemui penonton mulai 11 April ini mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Mengulas lanjut mengenai wataknya dalam KUASA sebagai Puan Sri Lily, Ning memberitahu watak ibu yang dibawakan ada ‘class’ yang tersendiri.
"Watak saya dalam ini adalah seorang ibu dan yang kuat dan 'powerful'. Puan Seri Lily adalah watak seorang wanita yang menjaga suami, anak-anak serta keluarganya dengan baik dan teliti. Malah, dia juga adalah tunjang yang menyatukan setiap ahli keluarga.
“Lagipun watak ibu ini happening dan classy! Saya solek dan membuat rambut sendiri untuk drama premium ini. Jadi dia nampak ibu yang trendy, walaupun duduk di rumah mesti ada barang perhiasan yang ‘blink blink’ pada tubuhnya,” kongsinya lagi.
Selain Ning, KUASA yang merupakan Astro Original siri itu membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nadia Brian,Ridzuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11April ini. Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Unitar