,
Laman Utama

“Saya Ingin Ucapkan Terima Kasih…” – Ebby Yus Cari Jururawat Selamatkan Nyawanya Dalam Kapal Terbang

Fiza Kamarudin
22/11/2021
07:32 MYT
Beberapa hari lalu, pelawak dan pelakon, Ebby Yus, memuat naik hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya mencari seorang jururawat yang merawatnya ketika dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu.
Ebby berkata, jururawat tersebut telah menyelamatkan nyawanya selepas dia pengsan akibat serangan jantung sebelum pesawat berhenti transit di Maldives.
“Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menolong saya. Beliau telah menyelamatkan nyawa saya.
“Jika tidak kerana tindakan cepat beliau, saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.
Terdahulu, Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan ditulisnya.
“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah.
“Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya.
Ebby pada Oktober lalu diserang sakit jantung selepas pesawat dinaikinya mengalami gegaran kerana ‘air pocket’ dan jatuh pengsan.
Pelakon senior itu kemudiannya ditahan di sebuah hospital di Maldives satu hari dan memohon untuk keluar dari wad selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk kos perubatan yang tinggi.
Perkara tersebut menyebabkan Ebby terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan kerana terpaksa tinggal di Maldives selama tiga hari lagi sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah pada hari kelima.
[[BACA: "4 Hari Saya Di Maldives, Terlepas Jadual Umrah..." - Ebby Yus]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.
Hiburan

Jennifer Coppen Sebak Ustaz Derry Sulaiman Ajak Laksanakan Ibadah Umrah, Mahu Berangkat September Ini

gempak
08/08/2024
05:55 MYT
Susulan pemergian arwah suaminya, Dali Wassink, pelakon Jennifer Coppen dijemput untuk melaksanakan ibadah umrah oleh Ustaz Derry Sulaiman.
Gaya Hidup

#Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

gempak
23/07/2024
19:57 MYT
Kisah jemaah tertipu dengan pakej-pakej murah di media sosial untuk mengerjakan haji dan umrah bagai tidak pernah terhenti.