,
Hiburan

“Saya Ingin Berehat” -  Naim Daniel Cuba Keluar Dari Zon Selesa Dalam Karya Seni Nyanyian

Ainun
13/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Naim Daniel meluahkan dirinya ingin berehat sebentar dari genre lagu yang pernah dibawanya.
Menurut Naim, dia ingin keluar dari zon selesa dalam menghasilkan karya bergenre balada dan kini ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam penulisan lirik untuk kumpulannya.
“Saya rasa saya ingin berehat seketika daripada genre balada yang saya selalu hasilkan selama ini.
“Bukanlah saya mahu meninggalkan genre itu sepenuhnya, tetapi saya hanya ingin keluar dari zon selesa. Saya masih lagi menghasilkan lagu dalam genre tersebut untuk jenama Naim Daniel. Namun, untuk kumpulan MUAH!, saya mencari lirik yang tidak terlalu berat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu "Sumpah" itu menyatakan bahawa dia menerima dengan baik respon netizen yang menyatakan penulisan untuk lagu "BFF!" terlalu mudah difahami.
Baginya, apabila dia menukar cara penulisan untuk menghasilkan karya, Naim berpendapat bahawa netizen dapat membezakan pembawakan karakter Naim Daniel dan MUAH! yang berbeza.
“Apa yang boleh saya katakan ialah apabila orang memberi ulasan kepada saya tentang penulisan lagu "BFF" ini, saya merasakan saya ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu, kan? Apabila saya menerima maklum balas seperti ini, sekurang-kurangnya saya tahu perbezaan antara penulisan untuk Naim Daniel dan penulisan yang lebih mudah untuk kumpulan MUAH!.
“Namun, saya menerima komen daripada orang luar dengan baik, kerana penulisan untuk MUAH! mencerminkan karakter kumpulan yang saya ingin bawakan. Bagi saya, karakter Naim Daniel mempunyai identiti yang berbeza,” jelasnya.
Naim Daniel berkata demikian ketika ditemui di sidang media BFF MUAH! yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, vokalis kumpulan MUAH! itu turut menyatakan bahawa sebelum kemunculan kumpulan tersebut diumumkan, mereka terlebih dahulu menjadikan beberapa kumpulan yang terkenal sebagai rujukan.
Tambahnya lagi, dia akan berusaha untuk membawa kumpulannya menebus industri muzik Malaysia kerana dia merasakan belum ada lagi kumpulan dengan karakter Pop Rock di negara ini.
“Kami juga merujuk beberapa band untuk dijadikan sebagai rujukan kami. Antara contoh yang kami rujuk adalah kumpulan Wings, 5 Second To Summer, Green Day dan banyak lagi.
“Saya rasa macam sudah lama Malaysia mempunyai band yang bergenre seperti ini untuk memasuki industri muzik. Saya rasa sedikit rugi disitu. Jadi, saya cuba untuk membawa kumpulan MUAH! ini ke dalam industri muzik di Malaysia,” kongsinya.
Sementara itu, Naim turut berkongsi bahawa mereka akan mengeluarkan album EP yang pertama serta bakal melakukan jelajah kumpulan untuk mempromosikan kumpulan MUAH!.
“Kami juga akan mengeluarkan EP untuk kumpulan MUAH! dan kami akan melakukan jelajah kumpulan MUAH! ini nanti,” katanya.

BERITA TRENDING: “Nenek Saya Langsung Tak Ada Instagram, Tapi Alhamdulillah Tetap Bahagia” - Shahir

BERITA TRENDING: BSFM: Ramai Makan Hati Abang Cameraman Ajar Jessi Cakap ‘I Love You’ Dalam Bahasa Sarawak - "Dekat Sangat Tu..."

BERITA TRENDING: Terbuka Kongsi Kisah Aoki, Nabila Huda Mahu Beri Kesedaran Tentang Penyakit Haiwan - "Bila Baca Komen Ramai.."

BERITA TRENDING: “Tak Logik, Kesian Uqasha Selalu Jadi ‘Mangsa’” - Kamal Adli Ulas Dakwaan Isteri Pukul Pembantu Peribadi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anggap Impian Pelakon Nak Menang Oscar Tidak Perlu Diperlekehkan, Naim Daniel; “Saya Sendiri Mahu Melihat Pelakon Dari Negara Kita…”

gempak
09/10/2024
04:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberikan pendapatnya mengenai impian seorang aktor yang mahu memenangi anugerah Oscar dipandang remeh.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Terkini

Pengasas Telegram, Pavel Durov Tidak Dibenar Tinggalkan Perancis

gempak
29/08/2024
03:55 MYT
Pengasas Telegram, Pavel Durov, kini berada di bawah siasatan rasmi dan tidak dibenarkan meninggalkan Perancis, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwa Perancis pada Rabu.
Berita

Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

gempak
08/08/2024
07:48 MYT
Gempar apabila kira-kira 29 ekor ular sawa termasuk induknya keluar dari saluran sebuah longkang, berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 20, Shah Alam, malam Rabu.
Berita

Keluar Bersama Kakak Tanpa Izin Punca Pelakon Ini Pukul Teman Wanita

gempak
08/07/2024
09:50 MYT
Keluar bersama kakak tanpa izin teman lelaki didakwa sebagai punca seorang pelakon memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara pada awal pagi semalam.
BorakSeeni