,
Laman Utama

“Saya Ingatkan Tu Prank….” - Berlinang Air Mata Cik B Imbau Saat Kehilangan Dua Abangnya Dalam Kebakaran

Izwan Isa
21/05/2023
01:50 MYT
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia sendiri melihat bagaimana rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama tempat tinggal kakitangan ibunya itu dijilat api.
“Ketika sebelum kejadian, kami baru balik dari rumah anak yatim. Kemudian abang masuk ke rumah bujang, iaitu rumah penginapan untuk kakitangan lelaki mama. Ketika itu saya tak nak masuk dan main dengan adik di luar.
“Tiba-tiba saya tengok macam ada habuk-habuk dekat atas. Saya pusing belakang, nampak sofa tengah terbakar. Saya lari panggil guard… bila sampai balik rumah dah terbakar.
“Lepas ketuk rumah jiran, saya ambil paip dan cuba semburkan air untuk padamkan kebakaran,” katanya ketika ditemu bual menerusi program Hard To Heart baru-baru ini.
Cik B menambah, dia mula sedar yang tragedi itu bukan merupakan satu prank apabila pasukan bomba memberitahu abang-abangnya sudah tiada.
“Saya ke hospital untuk tengok (abang) buat kali terakhir. Tapi saya tak tengok sebab saya takut. Mereka tak terbakar pun… tapi lemas.
“Mereka sebenarnya nak diselamatkan, nak terjun dari balkoni. Tapi mereka lari balik masuk tandas. Jasad ditemui di bawah sinki,” ujar Cik B lagi.
Bagaimanapun, Cik B berkata, ibunya sempat membawa dua arwah anaknya, Muhammad Eddie Zuhdie Mohd. Amin dan anak keduanya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin untuk bercuti di luar negara.
“Sebelum Insiden tu berlaku, mama berkata: ‘Cik B, Eddie, Edrie tak payah pergi sekolahlah, mama nak bawa pusing satu dunia’. Ketika itu mama bawa pusing satu Eropah. Mama sempat bawa pergi bercuti, beberapa bulan sebelum kejadian tersebut berlaku,” ujar Cik B lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pantas! Netizen Puji Pasukan Bomba Sampai Ke Lokasi Kebakaran Kurang Dari 10 Minit - “Saya Sangat Kagum Dengan…”

gempak
07/09/2024
02:55 MYT
Menerusi video yang dikongsikan @cymfvlkrum dilaman TikTok dia sangat kagum dengan tindakan pasukan bomba yang tiba dilokasi kebakaran kurang daripada 10 minit.
Viral

Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

gempak
22/08/2024
07:25 MYT
Anak gadis kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sememangnya popular dengan tingkah lakunya yang seakan-akan lelaki.
Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
02/07/2024
06:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Hiburan

Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

gempak
04/06/2024
03:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.