,
Laman Utama

“Saya Harap Dia Jaga Adab & Jangan Lupa Diri..."- Farid Kamil Kesal Diana Tak Hadir Ke Mahkamah

Syafiqah Jalal
11/04/2023
07:55 MYT
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil, 42, tidak dapat memastikan sebab Diana Danielle tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini, biarpun tarikh hari ini difailkan oleh isterinya.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 25 Mei depan sebagai tarikh prosiding sulh kedua buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle, 32.
"Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan mengenai alasannya adalah disebabkan ketika ini dia masih tidak boleh berjumpa dengan saya.
“Bagaimanapun, saya berharap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimaklubkan supaya Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya.
“Dalam tempoh saya tidak dapat berjumpa dia, saya juga berharap Diana dapat menjaga adab dan jangan lupa dirinya masih sebagai isteri saya,” katanya ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.
Dalam masa sama, Farid menegaskan, sekiranya Diana masih tidak dapat menghadirkan diri untuk menjalani prosiding sulh pada 25 Mei depan, isterinya seolah-olah menghina mahkamah.
“Hari ini dia (Diana) failkan (prosiding sulh), tapi dia tidak hadir. Jadi kami akan hadir sekali lagi menjalani prosiding ini untuk mendapatkan kata sepalat diantar kedua belah pihak.
“Bila seseorang sudah failkan untuk perdamaian, tapi dia tidak datang, dalam undang-undang saya diberitahu ia adalah satu perkara yang melanggar perintah,” katanya.
Ketika hadir ke prosiding sulh, hari ini, Farid mengemukakan tawaran perdamaian terhadap Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Kata Farid, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.
Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.
Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish ‘Back Up’ Diana Danielle, Anggap Sikap Masyarakat Suka Hakimi Insan Lain Tak Wajar - “Allah Lihat Kualiti Bukan Kuantiti”

gempak
23/11/2024
07:55 MYT
Pelakon Nora Danish bersetuju dengan kenyataan aktres Diana Danielle yang mengatakan tidak patut merendahkan usaha seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Hiburan

Teruja Nak Sambut ‘Birthday’ Aurora, Farid Kamil Bawa Anak Ke Lokasi Romantik - “Dia Nak Hadiah Paling Mahal…”

gempak
20/11/2024
03:54 MYT
Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, bagaimanapun enggan berkongsi lokasi sambutan hari lahir anaknya.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Unitar