Laman Utama
“Saya Hanya Luah Apa Yang Saya Rasa…Hinaan Dan Cercaan Netizen? Dah Lali…” – Ali Puteh
Pelawak Ali Puteh mengakui sudah lali dengan cercaan netizen terhadap dirinya lebih-lebih lagi berkaitan isu saman membabitkan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali.
Ali ketika dihubungi Gempak berkata, sebaik sahaja dia memuat naik hantaran di laman sosial Instagram pelbagai reaksi diterima termasuk yang menghina dan mengeji.
“Tak apalah…saya dah terbiasa, dah lali pun. Hampir dua tahun hadap benda ni. Lagi pun saya hanya meluahkan apa yang saya rasa.
“Saya tidak kaitkan sesiapa pun dalam posting itu. Tak apalah, biarlah mereka berkata-kata…Saya hanya menanti keputusan mahkamah nanti,” katanya.
Tambah Ali, dia berharap agar ada sinar disebalik apa yang berlaku sejak pemergian abangnya, Abam.
“Semoga ada sinar buat keluarga kami. Kepada yang mendoakan terima kasih, kepada yang mengecam juga terima kasih.
“Selasa lepas hari terakhir untuk saksi Hidayah saman Ali dan kes kedua pula Ali dan keluarga menyaman Hidayah.
“18 Jun depan mahkamah tetapkan untuk memfailkan segala hujahan bertulis bagi kedua-dua kes. Jadi kita tunggu sahajalah.
“Saya pun nak benda ni cepat berakhir,” katanya.
Must-Watch Video